Sabtu, Mac 19, 2011

Perkembangan Isu 'Shortsem' U2 & U3


Oleh : MPM FST

Dimaklumkan bahawa kesemua pelajar tahun 2 dan 3 FST yang telah mengisi borang permohonan "Pembukaan Kuota Subjek U2 & U3", nama-nama mereka telah diterima untuk dimasukkan ke dalam sistem untuk didaftarkan. Akan tetapi, kesemua nama pelajar tahun 1 yang turut mendaftar tidak dapat diterima oleh pihak PPU berikutan kes mereka tidak kritikal. Tumpuan pembukaan kuota ini lebih berfokus kepada pelajar tahun 2 kerana menitik beratkan aspek kebajikan pelajar dimana mereka akan menjalani Latihan Industri pada tahun 3 nanti justeru,tiada masa yang dapat diperuntukkan untuk melakukan 'shortsem'. Ditambah pula dengan subjek major tahun 3 yang masih berbaki banyak unit dan kerja-kerja makmal latihan ilmiah yang perlu diselesaikan nanti, permohonan mereka telah diterima.

Seramai 48 orang pelajar yang diterima telah pun mengisi borang rasmi permohonan pendaftaran "kes khas" yang telah disediakan oleh pihak PPU pada hari Rabu yang lepas (16 Mac 2011) di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST). Nama-nama ini akan didaftarkan oleh pihak PPU dan hanya dapat dilihat di SMPWEB pada hari pertama minggu semester 3 bermula iaitu pada 2 Mei 2011 (Isnin). Bagi subjek U3, kesemua pelajar akan didaftarkan ke kelas "Isu-Isu Ekonomi" manakala bagi subjek U2, pelajar akan dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada yang akan ditentukan oleh pihak PPU. Sekiranya terdapat percanggahan jadual waktu berlaku, gugur kursus boleh dilakukan pada minggu pertama semester 3 iaitu ketika minggu gugur kursus dibuka.

Suara Anda, Keutamaan Kami-