Jumaat, Mac 25, 2011

Majlis Penyampaian Sijil Kelas Mandarin


25 Mac 2011
7.30 malam
BSL 123BK, FSSK

Tema: Impian Sarjana
Oleh : MPM Muslimah
 
Pihak PMUKM menerima undangan ke Majlis Penyampaian Sijil kelas Bahasa Mandarin yang dianjurkan PMUKM semalam dan tepat jam 8 malam Saya selaku Naib Timbalan II, MPM Phang (Naib Presiden I) dan MPM Noriah (Exco Akademik dan Intelektual) bersama-sama  Presiden PMUKM saudara Ahmad Muzammil, ke majlis tersebut. Kami selaku pimpinan PMUKM sangat berbesar hati atas undangan dan disambut baik oleh pihak majlis.

Dengan bertemakan Impian Sarjana, majlis ni diadakan untuk memberi anugerah kepada pelajar yang berjaya mengikuti kelas bahasa mandarin ini sampai ke akhirnya. Penghargaan juga diberikan kepada semua tutor dan semua pihak yang menyokong Kelas Bahasa Mandarin ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang menerima anugerah. Kepada yang berminat dengan kelas bahasa mandarin ini, mungkin boleh mengambil peluang untuk mengikutinya pada sesi ini pula. 


Berdasarkan ucapan Presiden Chinese Community students Committee (CCC), saya  secara peribadinya berharap agar pihak CCC berfikiran positif terhadap pembawaan PMUKM kali ini. Saya dengan rasa tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada semua peringkat. Apa yang ingin saya sampaikan di sini, pihak PMUKM langsung tidak menghalang, malah mahu bersama-sama mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk mengikuti kelas bahasa mandarin disamping dapat mengambil peluang menambah kemahiran bahasa. 

Untuk pengetahuan semua, PMUKM kali ini terbuka dan menyambut baik segala usaha ke arah merealisasikan segala yang telah disampaikan dalam Ucapan Dasar Presiden PMUKM tempoh hari. Saya sendiri secara peribadinya mengharapkan agar semua rakan-rakan, tidak kira kaum dan agama serta ideologi untuk membaca dan memahami ucapan dasar yang disampaikan supaya kita dapat mencapai  pencerahan pemahaman dan keselarian tindakan. Jadi, saya berharap agar segala dokma dan persepsi negatif terhadap pembawaan PMUKM kali ini dapat dihapuskan untuk kebaikan bersama. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis penyampaian sijil kelas mandarin ini. Jadi, insyaAllah kami, dari PMUKM akan menyokong dan bersama-sama dalam usaha menjayakan lagi kelas bahasa mandarin. Ayuh bersama Realisasi Varsiti!!

Ucapan Ketua Pengarah
Ucapan Presiden CCC 

Ucapan Presiden PMUKM





Timbalan Pengarah PPP, Dr Rozli 

Gimik Perasmian
Persembahan



Gambar sesi penyampaian sijil...














MPM Muslimah & MPM Phang Siew Chin




Dr Rozli berkongsi menceritakan pengalaman