Ahad, Mac 13, 2011

MPM : Takziah Buat Rakyat Jepun

MPMUKM merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

Di peringkat MPM, kami merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah.

Sehubungan itu juga kami di peringkat MPMUKM menyeru masyarakat seluruh dunia khususnya mahasiswa Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.