Isnin, Mac 28, 2011

MPM FPI : Status 'Water Cooler' & Mesin Fotostat


FPI,15 Mac 2011
 
Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Tahun 1 dan 2 (MPP FPI 1 dan 2) yang juga memegang jawatan sebagai Naib presiden 4 PMUKM,saudara Muhammad Ikram Bin Darus bersama YDP JANNAH iaitu saudara Haikal Mubarak Bin Ghazali telah berjumpa dengan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Amir Husin Bin Mohd Nor untuk menyerahkan surat memohon bilik fotostat dan tempat khas meletakkan water cooler di FPI.



Antara objektif utama yang terdapat dalam surat tersebut adalah berkenaan dengan objektif untuk membuat permohonan tempat atau satu ruang khas untuk meletakkan mesin fotostat dan water cooler di FPI.Antara objektifnya adalah:




1. Perkhidmatan mesin fotostat dan water cooler merupakan satu keperluan khusus bagi pelajar dan pensyarah di FPI.

2.  Sebelum ini,pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Islam terpaksa menggunakan perkhidmatan ini difakulti lain khususnya di FSSK.

3.  Ia sebagai kemudahan yang akan boleh dinikmati oleh semua pelajar mahupun kakitangan FPI.



Tambahan pula terdapat perkara-perkara lain atau hal-hal berbangkit yang dibincangkan. Antaranya ialah berkenaan infrastruktur dewan kuliah FPI yang perlu di baiki mahupun ditukar baru dan perlunya sistem perpaipan di bahagian Foyer FPI.




“Paip air perlu diletakkan di bahagian bawah FPI kerana memudahkan pelajar mencuci tangan mahupun membersihkan kawasan tersebut.Hal ini kerana kawasan tersebut selalu digunakan untuk kegiatan pelajar FPI,dan jika berlaku kekotoran,kita tidak perlu menunggu ‘mak cik cleaner’ datang membersihkannya.”ujar saudara Haikal Mubarak Ghazali selaku YDP JANNAH.






Pihak kita telah berbincang dan mengemukakan permasalahan ini kepada pihak jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dan tindakan akan diamabil oleh pihak JPP dalam sedikit masa lagi. Pihak FPI sentiasa memantau keadaan dewan kuliah supaya berada dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan oleh pelajar samada ketika kuliah mahupun aktiviti pelajar dan pihak saya akan berbincang dengan pihak pengurusan FPI atas permohonan yang dikemukakan.”ujar Prof Madya Dr Amir Husin Mohd Nor.






Diakhir pertemuan itu,saudara Muhammad Ikram memohon kepada pihak kedekanan FPI supaya melihat permohonan ini dengan positif kerana ia adalah kemudahan untuk pelajar,pensyarah dan juga kakitangan FPI.Saudara Muhammad Ikram juga mewakili suara seluruh mahasiswa FPI berharap permohonan ini diluluskan dan ada perubahan di FPI.