Jumaat, Mac 11, 2011

Penjelasan Isu Pembayaran Yuran Latihan Industri FKAB

Pada petang tadi kira-kira pukul 2.45 petang , MPM FKAB 3/4 Mohd Faizal Bin Ahmad bersama-sama MPM Umum Tahun 3/4 Muslimah Binti Marsi serta MPM Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi telah bertemu dengan pengurusan pejabat Bendahari UKM, Bahagian Kewangan Pelajar (paras 3, bangunan Canselori) untuk meminta penjelasan mengenai isu yuran latihan industri yang menjadi aduan utama di kalangan pelajar FKAB sejak akhir-akhir ini. 

Berikut merupakan hasil perbincangan dengan pihak pejabat bendahari UKM sebentar tadi.Caj pengajian yang tercatat di dalam transkrip SMPWEB bagi pelajar FKAB adalah sebanyak RM 516.00.Setelah berbincang tentang beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan beban yuran terbabit, pihak pengurusan Pejabat Bendahari mengakui kesilapan teknikal pada transkrip yuran pengajian latihan industri tersebut dan jumlah sebenar yang perlu dijelaskan oleh pelajar hanyalah RM 258.00 (kurang dua kali ganda daripada jumlah asal.)

Untuk makluman, caj yang dikenakan pada semester 3 adalah berdasarkan kepada jumlah unit yang diambil bagi setiap pelajar, dan bukannya berdasarkan pakej seperti yang berlaku pada semester 1 dan 2. Jadi yuran pengajian sebanyak RM 258.00 adalah tidak termasuk dengan caj-caj tambahan yang lain seperti kemudahan Perpustakaan Tan Sri Lanang dan kemudahan Pusat Kesihatan UKM.

Kod kursus latihan industri bagi pelajar FKAB adalah KKKF 3066 dan ini bermakna pelajar FKAB mengambil sebanyak 6 unit untuk kursus ini. Setiap 1 unit bagi kursus ini dikenakan caj sebanyak RM 43.00. Jadi 6 unit x 43.00 = RM 258.00. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ukm.my/bendahari/buletinlampiran/YURAN20PENGAJIAN20PRASISWAZAH[1].pdf 

Ekoran itu, kami telah bertemu dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk memaklumkan tentang kesilapan pada transkrip yuran pelajar mengenai lampiran caj pengajian latihan industri iaitu sebanyak RM 516.00 berbanding nilai sebenar iaitu RM 258.00

Hasil makluman tersebut, pihak PTM akan cuba untuk membetulkan caj yuran yang tercatat pada transkrip kepada caj yang sebenarnya iaitu RM 258.00 selepas pukul 5 petang hari ini dan tindakan ini memerlukan masa untuk melakukannya. Pihak PTM memaklumkan mereka akan menghubungi MPM Faizal apabila kerja-kerja pengubahsuaian caj yang tercatat pada transkrip SMPWEB telah selesai sepenuhnya.

Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai isu ini akan dilaporkan kepada rakan-rakan. Kami juga mengalu-alukan sebarang komen dan juga cadangan anda dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan dalam melancarkan gerak kerja kami.