Selasa, Mac 08, 2011

Ziarah ke Jeli

Pada 5 Mac 2011, satu rombongan ziarah ke Jeli telah diadakan bagi melawat saudara Arzuan daripada Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi (SUKRES), Fakulti Pendidikan tahun 1 yang mengalami kemalangan jalan raya pada cuti pertengahan semester lalu bersempena hari raya Aidilfitri yang lepas. Lawatan ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Pelajar dengan kerjasama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA), Persatuan Mahasiswa Fakuli Pendidikan (PENDIDIK) dan beberapa orang rakan sekuliah Pendidikan Sukan dan Rekreasi (SUKRES) Tahun1.

Rombongan ini terdiri daripada 30 orang peserta dan menaiki sebuah bas UKM. Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat sendiri tahap perkembangan kesihatan selepas enam bulan saudara Arzuan berehat berada di rumah. Untuk makluman Arzuan mengalami keadaan koma hampir sebulan dan Alhamdulillah kini telah sedarkan diri cuma kadar ingatan masih lagi belum pulih sepenuhnya. Arzuan mengalami kecederaan di kepala tetapi tidak mengalami sebarang kepatahan. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, beliau akan meneruskan pengajiannya pada sesi pengajian 2011/2012.

Kehadiran kami jelas disambut oleh keluarga beliau dengan hati yang terbuka. Bacaan Tahlil dan Doa Selamat turut diadakan bertujuan memohon keberkatan daripada Allah SWT supaya Arzuan sembuh seperti sediakala dan berupaya menjalani kehidupan seorang mahasiswa di bumi UKM kelak.

Sekalung tahniah dan penghargaan diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan usaha dan lawatan ini dapat diteruskan demi kebajikan mahasiswa/i UKM dapat dipertingkatkan. Doa daripada rakan-rakan mahasiswa UKM amat diharapkan supaya Arzuan segera sihat dan dapat meneruskan pengajiannya di UKM.

Hadirin terdiri daripada PENDIDIK, PERDANA & rakan-rakan sekelas


MPP Fakulti Pendidikan, saudara Izzuddin bersama saudara Arzuan