Sabtu, Disember 24, 2011

MPP GMUKM ucap selamat mengulangkaji

BANGI, 24 Dis - Minggu-minggu terakhir bagi tahun 2011 menjadi saat-saat getir,buat mahasiswa UKM yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester 1, 2011-2012 pada awal bulan hadapan.

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam status terkini beliau di dalam laman sosial Facebook mengucapkan'

Salam mahabbah PMUKM. kepada semua rakan-rakan mahasiswa UKM khususnya dan Malaysia amnya, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester 1 2011/12 yang akan kita hadapi pada 3/1/2012 hingga 20/1/2012. Manfaatkan masa minggu study week untuk kita mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita moga2 diberikan kekuatan dan semangat dalam menjwab peperiksaan nanti. Teruskan mencapai legasi kecemerlangan di pembukitan ilmu di UKM ini. DOA +USAHA + IKHLAS + TAWAKAL = INSYAALLAH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. "BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"
Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa (MPP-GM) masing-masing turut mengemaskini status Facebook mereka dengan ucapan selamat belajar dan mengulangkaji pelajaran buat seluruh mahasiswa UKM yang kini dalam fasa minggu mengulangkaji pelajaran (study week).


Pengerusi GMUKM nasihat mahasiswa berhati-hati di musim peperiksaan
Sebelum itu, Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam, di dalam ucapannya di dalam blog rasmi Gabungan Mahasiswa menasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan warga kampus agar berhati-hati sepanjang musim peperiksaan ini.

"Statistik kemalangan yang dicatatkan sepanjang musim peperiksaan terdahulu didapati meningkat dan jelas membimbangkan semua pihak khususnya warga UKM."

Beliau yang juga mahasiswa tahun 4 dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) turut turut menyeru mahasiswa-mahasiswi supaya berusaha bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin dalam menghadapi peperiksan akhir semester ini

"Kami di Gabungan Mahasiswa sentiasa optimis dan mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan mahasiswa sekalian."

GMUKM laung keyakinan menangi lagi PRK
Dalam ucapannya, beliau turut melaungkan keyakinan bahawa Gabungan Mahasiswa sudah bersedia untuk memenangi Pemilihan MPP / pilihanraya kampus (PRK) sekali lagi 'demi kelangsungan perjuangan kita membina masyarakat kampus UKM yang berintelektual dan mendokong Falsafah UKM.'