Program santai Bersama MPP GMUKM FEP siri kedua diteruskan lagi pada hari Ahad, 4 Disember yang lalu.
Pembawakan program santai kali ini lebih bercorak santai dan rekreasi pada hujung minggu. Aktiviti program berlangsung di Taman Paku-Pakis bagi slot rekreasi dan di Teres Ekoniaga untuk sesi bersantai bersama MPP.
Untuk makluman, program ini adalah lanjutan daripada program santai siri pertama bersama MPP FEP GMUKM yang membawakan objektif mendekati mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Program 1 - Kembara ke Taman Paku-Pakis
Aktiviti hujung minggu ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sedikit taklimat program daripada saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi selaku MPP Fakulti Kerusi 3/4.
Seterusnya, ia diteruskan dengan kembara ke Taman Paku Pakis, Fakulti Sains & Teknologi (FST) yang terletak berhampiran FEP. Kembara ini lebih kepada penghayatan para peserta menghayati keindahan alam fauna dan flora yang terdapat di dalam UKM.
Program 2 - Pertandingan memasak antara kumpulanSeterusnya semua peserta yang hadir dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk menyertai pertandingan memasak. Melalui pertandingan ini, pelbagai ragam dan kerenah dapat dilihat semasa pertandingan berlangsung.
Menurut salah seorang peserta yang hadir, Mohammad Kamarul Aizat , dari Kursus Ekonomi Islam tahun 2 memberi respon, “(Dalam) Program seperti ini (adalah) masa yang sesuai untuk bersama dengan rakan-rakan melapangkan fikiran dan salah satu cara menangani 'stress' (di kalangan mahasiswa) di penghujung semester seperti ini”.
Setelah selesai pertandingan memasak semua peserta yang hadir berpeluang untuk mencuba masakan kumpulan yang lain.
Amanat Presiden PMUKM
Dalam slot akhirnya saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi yang juga Presiden PMUKM memberikan sedikit amanat kepada semua peserta yang hadir supaya pandai dalam membahagikan masa agar tidak terganggu dengan timbunan tugasan dan rutin pembelajaran.
Acapkali, ujar beliau, ramai mahasiswa terkandas dalam menyelesaikan tugasan dan mengatur 'study' terutama di minggu-minggu terakhir apabila para pensyarah mula meminta semua tugasan dihantar segera.
LT M Ahmad Muzzammil juga menasihatkan kepada semua peserta yang hadir supaya membuat persedian awal agar bersedia dengan secukupnya untuk menempuh peperiksaan hujung semester pada bulan Januari 2012 ini.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti