Khamis, Disember 01, 2011

Santai Bersama MPP-GM FEP Siri 1

Bangi, 1 Dis. - Program santai bersama MPP-GM di FEP telah diadakan pada pukul 1 - 4 petang tadi di sekitar Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP).

MPP GMUKM yang diwakili oleh saudara Presiden PMUKM sendiri , saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi selaku MPP Kerusi FEP Tahun 3/4 dan saudari Azidah binti Mashan merangkap MPP Kerusi Umum Tahun 1/2 telah mengadakan sesi beramah-mesra berkonsepkan santai dan tidak formal, untuk bersama-sama mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP).

Rata-rata yang ditemui melahirkan penghargaan kerana berkesempatan berjumpa dengan MPP-GM khususnya saudara Ahmad Muzzammil yang kini sedang menjalani Latihan Industri (LI).

Daripada jumlah sambutan yang diterima, program santai bersama MPP ini berjaya mendapat respon yang menggalakkan dalam kalangan mahasiswa FEP walaupun dalam masa yang sama, mahasiswa perlu menghadiri kelas dan diskusi. Juga respon yang diterima daripada rakan-rakan untuk MPP GM segera menyelesaikan isu-isu setempat/lokal dan umum di kampus UKM Bangi.



Menurut saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi, “Objektif utama (program ini) adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kondisi prsarana di fakulti dan kolej(-kolej kediaman).

"(Di samping itu juga,) di peringkat MPP juga (berkesempatan) memberikan penerangan berkaitan masalah-masalah (yang terjadi) di fakulti dan kolej-kolej kediaman terutamanya masalah air dan Wi-Fi, " ujar Muzzammil.

Saudara Azidah Mashan pula dalam responnya berkata, “ Program ini (adalah merupakan) kebersamaan PMUKM bersama rakan-rakan mahasiswa dan para pensyarah dalam mendapatkan respon (untuk) meningkatkan kondisi prasarana di FEP (di samping menampilkan) keterbukaan PMUKM (dalam) mendengar komen dan aduan daripada rakan-rakan siswa.

"(Ini juga) Bertepatan dengan moto PMUKM sesi kali ini ‘Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”, tambah beliau yang juga merupakan Bendahari Kehormat PMUKM.

Turut hadir memberi sokongan terhadap program Santai Bersama MPP FEP ini juga pensyarah-pensyarah yang turut memberikan pandangan dan aduan berkaitan prasarana di FEP.

Para pengunjung yang hadir ke program santai ini turut dibekalkan buku Graduan Aspire sebagai tanda terima kasih dalam memeriahkan program ini.



"Saya Mahasiswa Prihatin"