Jumaat, Disember 02, 2011

PENGUMUMAN : Jemputan ke forum-forum peringkat pelajar IPT

1. Jemputan Ke "UMW Galeriku Talk – Menjana Pelajar IPT Terbilang"

Adalah dimaklumkan bahawa UMW akan menganjurkan ceramah akademik bertajuk 'Menjana Pelajar IPT Terbilang' seperti berikut:

Tarikh: 8 Disember 2011 (Khamis)
Masa: 8.15 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: UMW Corporation Sdn Bhd No 10, Jalan Utas 15/7 , S/Alam
Peserta: 10 orang sahaja
Panel: Ybhg. Dato’ Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Untuk maklumat lanjut sila berhubung Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel di talian 89213194 (En. Zairil).

Sumber : epelajar/bul/bil.01122011-01


2. Jemputan ke "The World Youth Leader Forum 2012: 'Towards a World without Poverty and Inequality "

Sukacita dimaklumkan bahawa UKM dengan kerjasama Chinese University of Hong Kong (CUHK), Hong Kong sekali lagi akan menganjurkan The World Youth Leader Forum (WYLF).

Program ini akan diadakan pada 11 – 13 Julai 2012 di Shaw College, CUHK, Hong Kong dengan tema “Towards a World Without Poverty and Inequality”. Seramai 5 orang pelajar dari UKM akan dipilih untuk menyertai program tersebut.

Pencalonan pelajar adalah melalui fakulti dan sila berhubung dengan Pejabat Dekan masing-masing bagi tujuan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www5.cuhk.edu.hk/wylf atau hubungi 03-8921 4357 / 5057 atau emel oir@ukm.my


Sumber : epelajar/bul/bil.01122011-02