Khamis, Disember 01, 2011

PMUKM bawa isu air, pohon penjelasan JPP

Menyedari isu masalah ketiadaan air yang berlaku di beberapa buah kolej kediaman khususnya di kampus induk UKM Bangi, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) segera berjumpa dengan pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.


Ini ekoran banyak aduan telah diajukan kepada PMUKM melalui Facebook dan emel serta tidak kurang yang terus menghubungi Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol untuk mendesak segera agar menyelesaikan isu ini.

Untuk makluman, masalah keputusan bekalan air dilaporkan kritikal di Kolej Keris Mas, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ungku Omar. Bagaimanapun, pihak PMUKM masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan kolej-kolej kediaman lain yang mengalami masalah keputusan bekalan air.

Pihak JPP ketika mengulas isu ini memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan memo berkenaan gangguan bekalan air ini untuk makluman awal.

Bagaimanapun JPP menjangkakan isu ini bakal diselesaikan dalam hujung minggu ini.

Justeru itu PMUKM mengharapkan sokongan dan maklumat rakan-rakan untuk memaklumkan terus ke pihak PMUKM sekiranya masih ada lagi kolej yg masih mengalami masalah air dengan memaklumkan blok dan kolej yang mengalami masalah air tersebut untuk tindakan lanjut.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI