Selasa, Disember 20, 2011

GFI : Malaysia kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion), hasil pengaliran wang haram

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit.

Mexico menduduki tempat kedua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke-13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah.

Ini bermaksud Malaysia mempunyai segolongan pelaku rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang keempat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu.

Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa “pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian.” Ia juga menambah “Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini.”

Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas.

Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trilion.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos.

Rakyat Malaysia akan menempuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Aliran wang haram cecah RM150b pada 2009

Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.

Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).

Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. -FreeMalaysiaKini