Jumaat, Disember 16, 2011

KOSISWA UKM Bhd : Koperasi Usahawan Siswa UKM


Apa itu KOSISWA?

Koperasi Usahawan Siswa UKM Berhad (KOSISWA UKM) merupakan koperasi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan Ogos 2011.

Matlamat utama penubuhan koperasi ini adalah untuk memberi pendedahan keusahawanan kepada pelajar-pelajar UKM. Selain itu, koperasi ini juga berperanan memberi perkhidmatan dan menjaga kebajikan setiap anggota yang berdaftar di bawah koperasi ini.


Siapa yang boleh menjadi anggota?
  • Semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (Warganegara Malaysia).
  • Kakitangan dan Felo Pusat Pembangunan Usahawan dan Enterprise Kecil Sederhana (EKS)
  • Alumni UKM yang menjalankan perniagaan.


Faedah Menjadi Ahli KOSISWA?
  • Berpeluang menguruskan perniagaan di bawah KOSISWA
  • Mengikuti Latihan Keusahawanan
  • Berpeluang Menjadi Ahli Lembaga Koperasi KOSISWA
  • Boleh membuat pinjaman untuk menjalankan perniagaan
  • Mendapat dividen tahunan di atas keuntungan dari KOSISWA
  • Mendapat potongan diskaun setiap belian barang milik perniagaan KOSISWA
  • Menabung bulanan RM10 sebulan, selain dapat menyimpan juga mendapat dividen tahunan
Bagaimana untuk memohon menjadi anggota?
  • Lengkapkan borang permohonan dan 2 keping gambar (berukuran pasport)
  • Sertakan 1 salinan kad matrik dan kad pengenalan
  • wang pendaftaran RM5 bagi setiap permohonan anggota baru dan RM10 bagi individu yang telah berhenti yang ingin menmohon kembali menjadi anggota.

* Anda boleh menghantar borang permohonan anggota KOSISWA ke;

Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS UKM (UKM-CESMED)
Aras 3, Bangunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

* Booth KOSISWA dibuka di Pusanika sehingga minggu hadapan!

* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norhamimah bt Ibrahim di talian 03-8921 4480.