Petikan dari Facebook saudari Noriah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro Akademik & Keintelektualan PMUKM;
-Tarikh 21 Dis 2012 berasal dari pengiraan kalendar Kaum Maya yang menafsirkan hitungan akhir era keempat berakhir pada pengiraan 13 Baktun Cycle : 13 Baktuns = 25,627 tahun . Merujuk kepada ilmu astronomi angka ini bertepatan dengan satu fenomena pusingan galaktik yang akan menemukan titik sistem solar (matahari) dengan titik pusat Galaksi yang digelar sebagai fenomena Jajaran Galaktik (Galactic Alignment yang hanya berlaku sekali dalam tempoh 25,627 tahun.
-2012 adalah propaganda yang dicipta untuk menyerang sistem 'believe' (kepercayaan) manusia agar dapat mencipta 'mind control.' Apabila fikiran bersatu dengan perasaan, maka di situ akan berlaku 'kejadian' tersebut.
- Dalam Al-Quran pula, gambaran akhir zaman banyak digambarkan dalam surah Al-Kahfi, yang mana salah satunya menceritakan bahawa salah satu sikap orang Yahudi adalah gemar bermain dengan nombor.
-Permulaan kepada penciptaan khalifah di muka bumi bermula dengan krisis kepimpinan yang mana para malaikat mempersoal mengapa diciptakan manusia yang bakal merosak dan menumpahkan darah di Bumi. Maka Allah menjawab, 'Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui'....dan pengakhiran penciptaan langit dan bumi (kiamat) juga diakhiri dengan kepimpinan iaitu turunnya Imam Mahdi serta Nabi Isa untuk membunuh dajjal, setelah itu Islam telah kembali gemilang kembali sehinggakan anak-anak kecil mampu untuk bermain dengan ular begitu sahaja dek kerana terhapus segala kejahatan di mua bumi ini.
-"Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam." (HR Ahmad).
RUMUSAN
-Usah terlalu taksub bermain dengan angka, sehinggakan menghilangkan fokus kalian terhadap apa sahaja...
-Yang paling penting bukanlah bila kiamat itu akan berlaku kerana itu adalah rahsia Allah tetapi persediaan kita untuk menghadapinya?
-Baca dan hafallah sepuluh ayat surah al-Kahfi yang pertama, agar terpelihara dari fitnah Dajjal!