Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia. Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).
Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini.
Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.
Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta.
Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).
Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.
Pakar-pakar sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia dan Muzium Negeri juga dijangka terlibat dalam rancangan Sejarawan Muda ini.
Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.
Penerbit PERTANDINGAN SEJARAWAN MUDA
Double U Network Sdn. Bhd.
23-2A, Tingkat 1, Blok L, Jalan PJU 1/3C,
SunwayMas Commercial Centre,
47301, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : +603-78031400
Faks : +603-78031401
Website : http://www.sejarawanmuda.com