Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UKM dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor), Bahagian Keselamatan UKM, JPPEL dan PMUKM kini sedang mengadakan Minggu Kesedaran Keselamatan Motorsikal UKM 2011 bermula 3 - 7 Oktober 2011.
Minggu Kesedaran Keselamatan Motosikal (MKKM) UKM dicetuskan oleh PKKP sebagai kesinambungan program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MKKP) UKM.
Objektif MKKM ini adalah;
(i) Mempromosi dan menimbulkan kesedaran serta meningkatkan tahap kepekaan mengenai aspek keselamatan motosikal khususnya kepada mahasiswa UKM dan kakitangan serta pelanggan UKM.
(ii) Menyebarkan maklumat mengenai isu-isu semasa berkaitan keselamatan motosikal kepada pekerja, mahasiswa dan pelanggan UKM.
(iii) Menjadikan MKKM ini sebagai salah satu kaedah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan motosikal di dalam kampus UKM.
Sasaran utama kempen ini adalah kepada pelajar UKM yang menaiki motorsikal.
Butiran lanjut berkenaan Pelancaran Minggu Kesedaran Keselamatan Motosikal (MKKM) UKM 2011 dan Kempen Pemakaian Topi Keledar Dengan Betul ;
Tarikh: 5 Oktober 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tempat Letak Kereta Bangunan Pusanika, UKM Bangi