SUMBER: Blog MPP Noraini
BANGI, 18 Okt 2011 – Pesta Juadah Antarabangsa UKM 2011 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Gemilang baru-baru ini iaitu pada hari selasa yang lepas. Lebih dari 60 jenis makanan dari 17 buah negara luar dan Malaysia sendiri di hidangkan kepada para pengunjung yang hadir di pesta makanan tersebut. Program tahunan anjuran Pusat Pengajian Umum (PPU) ini sangat dipuji memandangkan ianya memberi peluang kepada pelajar luar negara untuk berkongsi dan memperkenalkan makanan tradisi dari negara asal mereka kepada seluruh warga UKM dan orang ramai.
Pengarah PPU, Profesor Dr. Khairul Anwar Mastor yang merasmikan Pesta itu berkata ia adalah suatu usaha UKM untuk mendekatkan pelajar asingnya ke dalam satu komuniti di UKM.
Antara pelajar yang menyertai pesta itu adalah dari negara-negara seperti Arab Saudi, Iraq, Libya, Holland, Sri Langka, Bangladesh, Yemen, Uganda, Nigeria, Indonesia, Brunei, Palestine, Jordan, Iran, China, India, Sudan, Bosnia dan tidak ketinggalan juga dari Malaysia .
Menurut salah seorang pelajar dari Arab Saudi yang terlibat, “Setelah berada di Malaysia selama beberapa tahun, acara seperti ini membuat saya berasa seperti berada di tanah air sendiri,” kata beliau.
“Apa yang anda lihat di sini semuanya adalah makanan kami di Arab Saudi, yang telah disediakan dengan kerjasama rakan-rakan” kata Ahmed.
Sempena pesta ini, PMUKM diwakili Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan, Saudari Noraini Binti Jumahir juga secara tidak langsung sedikit sebanyak terlibat dalam menguruskan persiapan bagi pameran Negara Malaysia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, Saudari Noraini turut dibantu oleh Saudari Wu Tuan Yuan selaku Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM serta rakan-rakan dan juga Pelajar dari negara China mewakili kaum Cina dan Saudara Mohan Raju serta rakan-rakan mewakili kaum India.
"Saya cukup berbangga dengan kerjasama yang sangat baik yang diberikan oleh Saudara Mohan dan Saudara Wu Tuan Yuan. Mereka sangat terbuka dan sedia membantu ketika saya meminta kerjasama mereka. Perpaduan seperti inilah yang saya harapkan," menurut Saudari Noraini.
Antara pameran yang diperlihatkan selain makanan, terdapat juga pelbagai jenis permainan tradisional, pakaian tradisional dan juga artikel-artikel menarik yang dapat dilihat di booth Kaum Melayu. Turut membantu dengan sangat baik adalah beberapa pelajar dari RAKAN PMUKM dan juga Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan, PERMADARI yang memeriahkan lagi booth Kaum Melayu.
Pesta itu turut menyaksikan demonstrasi memasak dan pameran kebudayaan oleh para peserta.
Pengarah PPU, Dr. Khairul Anwar Mastor mencuba makanan negara Arab Saudi.
Persembahan memasak..
Saudara Wu Tuan Yuan dan rakan-rakan di booth negara China.
Saudara Mohan dan rakan-rakan di booth kaum India..
Adik-adik dari RAKAN PMUKM yang rajin bekerja.. =)
Ahli RAKAN PMUKM bersama pensyarah PPU, Dr Fadzilah & Cik Dina di booth negara
Bosnia
Terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Pengajian Umum kerana memberi kepercayaan kepada PMUKM untuk turut serta dalam menjayakan pesta juadah ini. Juga buat rakan-rakan dari pelbagai kaum yang sudi membantu. Tidak lupa juga kepada ahli RAKAN PMUKM yang sanggup meluangkan masa membantu MPP Noraini selain dapat membina kemahiran insaniah iaitu "softskill" dan dapat membentuk kemahiran komunikasi dan interaksi bersama orang ramai yang lebih berkesan bertepatan dengan matlamat penubuha RAKAN PMUKM ini.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..