Sabtu, Oktober 08, 2011

Manifesto MPP Ezuan Tertunai!


Alhamdulillah, MPP Mohamad Ezuan Mohd Saad, Setiausaha Agong PMUKM merangkap MPP Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Tahun 1 & 2 telah menyelesaikan manifesto beliau kepada mahasiswa fakulti tersebut.

MPP Ezuan memulakan gerak kerjanya pada 13 April lalu (rujuk link) dengan membuat pantauan di sekitar fakulti FSSK untuk melihat keadaan kemudahan di dewan-dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah serta sekitarnya. Kemudian, MPP Ezuan sendiri telah ke Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) (rujuk link)  pada 17 Jun 2011 bagi meneruskan hasrat penambahbaikan prasarana FSSK. Turut bersama ketika lawatan ke JPP, MPP Wan Ahmad Fahmi, MPP Muslimah, MPP Faizal dan MPP Izzuddin untuk mengadukan permasalahan yang diadukan daripada mahasiswa. (rujuk link untuk lebih lanjut)

Proses penambahbaikan oleh pihak JPP bermula pada 8 Ogos 2011 lalu menampakkan hasilnya di beberapa dewan kuliah yg dahulunya dalam keadaan yg kurang kondusif namun kini segalanya sudah dibaik pulih.

Terima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa/i yg memberi aduan dan sekalung penghargaan buat pihak pentadbiran FSSK dan JPP atas kerjasama yang baik.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI