Ahad, Oktober 09, 2011

Program Siswa Sihat 1Malaysia meriah


BANGI - Pagi hujung minggu ini telah diserikan dengan program Siswa Sihat 1Malaysia anjuran Kementeria Kesihatan Malaysia dalam mempromosikan dan mendidik masyarakat terutamanya mahasiswa-mahasiswi untuk mengamalkan amalan cara hidup yang sihat.

Program yang bermula 7.30 pagi dengan aktiviti senaman memanaskan badan bermula dan berakhir di Stadium UKM.

Program ini mempromosi amalan berjalan 10,000 langkah sehari yang bersamaan dengan sehidangan burger Big Mac dan mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.

Untuk makluman, Program Siswa Sihat 1 Malaysia pada pagi ini merupakan program bagi Zon Tengah. Sebelum ini program bagi zon utara telah dilancarkan di Universiti Utara Malaysia pada 23 September yang lalu.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Othman A.Karim dan wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat selain saudara Ahmad Muzzammil, Mohd Ezuan, Wan Fahmi, Izzuddin dan Noriah selaku wakil Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).