Isnin, Oktober 17, 2011

Karnival Ilmu Anak Muda '11 (KAMU'11)

Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan.

Justeru itu, KARNIVAL ILMU ANAK MUDA '11 (KAMU'11) yang bakal diadakan 22-23 Oktober 2011 nanti merupakan program yang direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda.



 InsyaAllah akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam dan Perbadanan Perpustakaan Shah Alam, Selangor pada 22 hingga 23 Oktober 2011.

Pelbagai acara menarik bakal hidangkan untuk anda.


Objektif KAMU'11:
- Melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan tenaga kerja.
- Menjalinhubungkan serta mencapai kesepaduan utuh dalam aspek berkaitan diantara gerakan-gerakan anak muda dalam & luar negara.
- Mendidik anak muda berkepimpinan serta cakna perkembangan & isu semasa dalam & luar negara.
- Merakyat anak muda secara sepakat dalam mendokong agenda dakwah.
- Menyuburkan semangat bersukan dan beriadah di kalangan anak muda.
- Berkongsi pandangan dan pendapat antara anak muda dalam segenap aspek berkaitan & kepentingan umum.
- Mendekati anak muda pelbagai latar belakang serta menjiwai segenap lapisan masyarakat.
- Menyuntik semangat bersatu padu antara anak muda pelbagai agama & bangsa.


TENTATIF PROGRAM KAMU'11




HARI PERTAMA - 22 OKTOBER 2011 (SABTU)

9.00am – 1.15pm Sidang Meja Bulat Gerakan Mahasiswa
9.00am – 1.15pm Sidang Dewan Mahasiswa (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional)
1.15pm – 2.30pm Solat Zohor & Rehat
2.30pm – 4.30pm Bergerak Ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
4.30pm – 5.00pm Solat Asar & Rehat
7.00pm – 9.00pm Solat Maghrib, Kuliah Ust Ridhuan, Solat Isya', Solat Hajat
9.00pm – 11.00pm Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama 'Facebookers'& 'Bloggers'
9.00pm – 11.30pm PERASMIAN KAMU '11 oleh MB Selangor, Persembahan Santai Shahir AF



HARI KEDUA - 23 OKTOBER 2011 (AHAD)

8.00am –5.00pm Futsal “Anak Muda Sayang Malaysia”
9.00am – 1.15pm Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK)
11.30am – 1.30pm Bengkel Personaliti Anggun
1.30pm – 2.30pm Solat Zohor Berjemaah & Rehat
2.30pm – 4.30pm Forum "SyurgaCinta"
4.30pm – 5.00pm Solat Asar
5.00pm – 6.00pm Penyampaian Hadiah Futsal, Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
7.00pm – 9.00pm SolatMaghrib, Ceramah Cakna Palestine Oleh : Ustaz Syed Mohd Norhisyam, Solat Isya’
9.00pm – 11.00pm Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”,Penyampaian Anugerah Tokoh Mahasiswa, PERASMIAN PENUTUP KAMU’11 oleh: YB. Dr. Hjh Halimah Binti Ali



Jemput datang beramai-ramai ke KARNIVAL ANAK MUDA 2011 anjuran GAMIS dan Kerajaan Negeri Selangor.

"Anak Muda Sayang Malaysia"