Pada 5 Oktober 2011, MPP Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin, Biro Kebajikan & Aduan, MPP Noraini Jumahir Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan dan Aida Rahayu Mohd Badri Pengerusi Biro Informasi & Penerangan PMUKM telah menziarahi 2 orang siswi di Hospital Kajang.
Kedua-dua orang siswi tersebut adalah Saudari Nor Hidayu Abdul Rahman, siswi FSSK dan Nurul Aqeela Mohd Sekare, siswi FEP yang terlibat dalam kemalangan pada 4 Oktober 2011. Mereka yang menginap di Kolej Rahim Kajai ditimpa musibah ketika dalam perjalanan pulang ke UKM menaiki motosikal.
"Kuatkan semangat! Ingat Allah selalu"- Nasihat MPP Noraini dan Nurul Mardhiah Kamaruddin kepada saudari Hidayu yang masih terlantar. Simple tapi cukup terkesan. Lebih-lebih lagi, mereka berdua juga baru terlibat dalam kemalangan 2 minggu lalu. Sempat juga bertemu seorang lagi mangsa iaitu rakannya, Aqilah yang sedang berehat di rumah di Kelantan hari ini. Ziarah kebajikan ini berakhir dengan penyampaian sumbangan PMUKM dan Guarantee Letter (GL) kepada kedua-dua mereka Turut bersama datang melawat mereka, rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA).
Sebelum ini, UKM dikejutkan dengan banyak kemalangan di kalangan mahasiswa terutamanya bagi penunggang motosikal. Dengan penganjuran Minggu Kesedaran Keselamatan Motosikal UKM dapat memberi sedikit sebanyak input untuk mahasiswa UKM.