Rabu, Oktober 19, 2011

Perkembangan Isu Kelewatan JPA

17 nama yang tidak diaktifkan status untuk tajaan JPA telah diaktifkan dan nama tersebut telah dihantar oleh pihak PTM kepada JPA. Kita berharap duit biasiswa tersebut akan masuk selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kronologi Penyelesaian Masalah JPA

Selasa, September 27, 2011 - Timb. Presiden Mohammad Abdullah Mohamed Yusoff menuntut penjelasan kelewatan kemasukan biasiswa JPA setelah berbincang dengan saudara Presiden Ahmad Muzzammil Muhd Hairi. Hasilnya, keesokkan harinya biasiswa JPA telah dimasukkan.

Jumaat, Oktober 07, 2011 - Sekitar 600 orang mahasiswa tajaan JPA masih belum menerima wang tersebut. Pada tarikh ini, Timb. Presiden telah bertemu pihak JPA bagi menuntut supaya baki 600 orang ini menerima wang JPA. Ia telah dipersetujui dan wang biasiswa telah masuk pada hari Selasa 11 Oktober 2011 kecuali 17 nama yang tidak diaktifkan oleh pihak UKM.

Jumaat, Oktober 14, 2011 - Timb. Presiden telah bertemu pihak Bendahari berkaitan 17 nama yang tidak diaktifkan & pihak Bendahari telah mengaktifkan 17 nama ini lalu meminta untuk dirujuk kepada pihak UKP (Bahagian tajaan & biasiswa) & PTM.

Rabu, Oktober 19, 2011 - UKP telah memaklumkan kepada saudara Timb. Presiden bahawa pihak PTM telah menghantar nama kepada pihak JPA.

Kes terpencil - 8 nama dari FST tahun 4 (tidak termasuk senarai 17 nama tadi) tidak menerima wang biasiswa JPA lagi. (dalam proses secara manual)

Alhamdulillah selesai 2425 orang pemegang biasiswa JPA menerima biasiswa seperti dalam senarai Bendahari UKM.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

capaian rujukan :
i)http://pm-ukm.blogspot.com/2011/09/berita-gembira-biasiswa-jpa-masuk-esok.html
ii)http://pm-ukm.blogspot.com/2011/10/isu-jpa-berita-gembira.html