PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, September 12, 2014

SISTEM PINTU BERPALANG DI KKM TIDAK RELEVAN, PMUKM TUNTUT TANGGUH PERLAKSANAAN

12 September 2014, UKM Bangi - Merujuk kepada surat makluman UKM2.10/237/2, pihak pengurusan Kolej Keris Mas (KKM) yang diterajui oleh Prof Madya Dr. Muhammad Hussin telah mengisytiharkan untuk melaksanakan sistem pintu berpalang di jalan masuk ke kompleks pentadbiran KKM. Berdasarkan surat tersebut, setelah sistemsiap dipasang KESEMUA pakir yang wujud di kolej tersebut akan dikenakan bayaran dan pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang aktif sahaja. Tambahan lagi sistem ini bertujuan untuk membantu Bomba dan Ambulan ketika kecemasan di samping membantu kerja-kerja mengutip sampah.




PMUKM dengan rasminya menolak pemasangan sistem tersebut dan menuntut untuk ditangguhkan perlaksanaannya. Penolakan PMUKM terhadap sistem tersebut atas beberapa sebab:

i. Bayaran untuk pakir yang tidak relevan, sungguhpun kadar pakir belum dikeluarkan bayaran yang dikenakan tidak munasabah kerana mahasiswa/i di KKM merupakan antara pembayar yuran kolej (untuk bilik sahaja tidak termasuk elektrik dan cas-cas lain) TERMAHAL di UKM Bangi, iaitu RM 600 atau lebih berbanding kolej lain pada kadar RM300-400 sahaja.

ii. Sistem merit iaitu “penilaian pelajar yang aktif” tidak mempunyai sebarang indikator tetap yang bersifat telus dan adil. UKM sebelum ini pernah melaksanakan sistem demikian, hasilnya ramai mahasiswa/i yang dibuang kolej kerana PENGETUA tidak menyukai aktiviti yang disertai oleh mahasiswa/i tersebut. Sistem ini terbukti GAGAL dan telah dimansuhkan pada Tahun 2012. Mengapakah pihak pentadbiran KKM masih berkehendak pada KEGAGALAN ini?

iii. Alasan membantu Bomba, Ambulan dan kerja pengutipan sampah yang tidak logik. KKM merupakan kolej yang paling terjejas dengan permasalahan air. Hanya lori membawa air sahaja yang pernah mengadu tentang kemasukan ke kolej yang sukar. Namun, setelah dimaklumkan kepada pelajar lori tersebut akhirnya berjaya untuk menghantar bekalan air. PMUKM menyifatkan pentadbiran KKM tidak mengetahui isu pokok dan menggunakan alasan picisan untuk mendapat jalan selamat.

Justeru, kami menuntut untuk sistem ini ditangguhkan dan perbincangan yang konstruktif di antara PMUKM, Majlis Eksekutif Pelajar KKM dan pihak pentadbiran KKM dapat dijalankan dengan kadar yang segera. Kami ingin mengelakkan pentadbiran KKM dipandang sebagai “PERAGUT” mahasiswa/i UKM. Kami berpendapat sekiranya perkhidmatan yang diberikan pada tahap yang memuaskan maka perkhidmatan tersebut layak untuk dibayar pada nilai yang secukupnya. Janganlah mengharapkan bayaran seperti hotel lima bintang sedangkan yang disediakan hanyalah sebuah kontena kosong yang menggelikan.




Muhammad Sallehudin Bin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib Yang Dipertua PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::

Selasa, September 09, 2014

KOLEKSI TINTA MPP PMUKM

1 November 2013 : PEMBELIAAN ZA'BA DAN PENSTUKTURAN KOLEJ oleh Saudara Muafaddal Mustansir, Bendahari kehormat PMUKM Sesi 13/14.

23 Disember 2013 : Watikah Perlantikkan PMUKM Sesi 13/14
Ucapan Dasar YDP PMUKM           : Teks Ucapan Dasar YDP PMUKM
Video Ucapan Dasar YDP PUKM    : Video Ucapan Dasar

29 Disember 2013KERAJAAN USAH TAKUT, RAKYAT WAJIB TURUN oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

20 Januari 2014KE MANA HALA TUJU MESYUARAT TNC HEPA KALI KE-189 oleh Saudara Mustapha Kami Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

30 Januari 2014RANKING DAN UNIVERSITI oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

3 Febuari 2014PERJUANGAN MAHASISWA DAN SUKIPT oleh Saudara Syed Najib Syed Yahya, Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14.

21 Februari 2014PBS : BARANG BAIK ? oleh Saudara Syed Najib Syed Yahya, Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14.

23 Februari 2014TEGURAN, PENDAPAT PELAJAR BEDASARKAN FAKTA oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

10 Februari 2014KRISIS MASYARAKAT DAN ISU PERKAUMAN oleh Saudara Jason Ng Thien Yeong, Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14.

10 Mac 2014INTERNATIONAL WOMEN'S DAY : EMPOWERING WOMEN oleh Saudari Nurhasyimah Ibrahim, Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM sesi 13/14.

27 April 2014OBAMA : MALAYSIA MESTI BERTEGAS oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

2 Mei 2014SEJENAK BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA oleh Saudara Mustapha Kamil Husen. YDP PMUKM sesi 13/14.

11 Mei 2014SISWI : THE ONLY ONE oleh Saudari Hasyimah Ibrahim, Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14.

4 Julai 2014 : UNIVERSITI KITA TIDAK LAGI RELEVAN oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

8 Julai 2014ISU ANTARABANGSA : CHINA LARANG MUSLIM BERPUASA oleh Saudara Muhammad 'Ammar, Speaker PMUKM dan Saudara Jason Ng Thien Yeong, Biro Sukan dan Kebudayaan.

9 Julai 2014GAZA MENANGIS DAN BERDARAH LAGI oleh Saudari Siti Nor Bahijah, MPP Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14.

9 Julai 2014 :  PT3 BUKTI KERAJAAN TIDAK BERSEDIA oleh saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

15 Julai 2014PETUNJUK DARIPADA NUZUL AL QURAN oleh Siti Nor Bahijah, MPP Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14.

Artikel Majalah Aspirasi 2014PMUKM BUKAN SEKADAR NAMA oleh Saudara Mustapha Kamil Husen, YDP PMUKM Sesi 13/14.

26 Ogos 2014 : MALAYSIA : APA IDENTITI KITA YANG SEBENARNYA? oleh Saudara Mustapha Kamil Husen ,YDP PMUKM Sesi 13/14.

17 September 2014CERAPAN 16 SEPTEMBER oleh Saudara Mustapha Kami Husen Abdul Kadir, YDP PMUKM Sesi 13/14.

2 Oktober 2014 KENAIKAN HARGA MINTAK RON95 DAN DIESEL oleh Saudara Salehuddin Khalid, Naib YDP PMUKM Sesi 13/14.

8 Oktober 2014ASHAMED BUT UKM MUST STRIKE BACK oleh Saudara Mustapha Kamil Husen Abdul Kadir, YDP PMUKM Sesi 13/14.

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::



Sabtu, September 06, 2014

MAKLUMAN LANJUT MENGENAI SEKATAN PENDAFTARAN SEMESTER BAGI PELAJAR YANG BELUM MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN


6 September 2014, UKM Bangi - Mengikut peraturan Universiti, pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran dalam tempoh satu(1) bulan selepas tarikh pendaftaran. Walaubagaimanpun, peraturan ini tidak diketatkan pada semester-semester sebelum ini. Pelajar dibenarkan membuat pendaftaran pada semester berikutnya dan hanya disekat untuk membuat semakan keputusan peperiksaan semester. 


Berdasarkan hebahan daripada Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajaran UKM mengenai sekatan pendaftaran ini dilihat telah membebankan pelajar. Mereka tidak mampu menjelaskan yuran mengikut tempoh syarat yang telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam peraturan universiti. Daripada aduan pelajar yang PMUKM terima, terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Antaranya :



1) Pelajar terpaksa menanggung keluarga yang susah walaupun menerima pembiayaan PTPTN
2) Kemasukan pembiayaan PTPTN yang tidak teratur disebabkan penagguhan semester
3) Kesukaran untuk mendapatkan bantuan seperti zakat UKM



Pada 4 September yang lalu, saya telah berjumpa dengan Encik Isman Bin Hamad, Pegawai Kewangan W41, Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar untuk mendapatkan makluman yang jelas mengenai sekatan pendaftaran ini supaya tidak timbul persoalan yang tidak jelas daripada kalangan pelajar dan berharap segala kesulitan yang dihadapi pelajar dapat diselesaikan. Hasil perbincangan dan maklum balas beliau mengenai hal ini telah saya ringkaskan seperti di bawah : 



1) Pihak Bendahari telah mengeluarkan notis pembayaran yuran dari semasa ke semasa dan ini bermakna pelajar telah sedia maklum dari awal lagi mengenai notis ini dan perlu mengambil perhatian serta tindakan awal yang sepatutnya untuk menjelaskan yuran. Bagi peminjam PTPTN, untuk sesi kali ini pihak bendahari telah meminta kelulusan daripada PTPTN untuk mengkreditkan pembiayaan PTPTN pelajar walaupun pelajar tidak membuat pengesahan pendaftaran awal kursus (juga yang tidak menjelaskan hutang yuran). Berbeza dengan semester-semester sebelum ini dimana pembiayaan PTPTN akan dikreditkan lewat jika pelajar lewat membuat pengesahan pendaftaran awal kursus. Hutang pelajar pada semester sebelum pula ini telah ditolak ‘siap-siap’daripada pembiayaan PTPTN semester 1 sesi 2014/2015. Jumlah tolakan hutang daripada pembiayaan PTPTN bergantung kepada jumlah hutang pelajar. Jika hutang pelajar melebihi daripada jumlah pembiayaan PTPTN untuk setiap semester, UKM tidak akan membuat tolakan melebihi daripada pembiayaan tersebut. Jika hutang yang ditolak telah selesai, pelajar dibenarkan untuk membuat pendaftaran kursus (pada 8 SEPTEMBER 2014 di Pusat Pengurusan Akademik di lingkungan kedua). Jika masih tidak selesai, pelajar perlu menjelaskan yuran yang tertunggak dahulu. Untuk mengetahui status kewangan pelajar, anda boleh membuat semakan di portal e-kewangan pelajar ATAU boleh menghubungi/pergi ke kaunter Jabatan Bendahari Pelajar. 



2) Bagi pelajar yang menerima pembiayaan PTPTN dan membuat penangguhan semester, anda perlu mengisi borang penangguhan semester di Unit Kebajikan Pelajar UKM terlebih dahulu bagi memastikan status pendaftaran pengajian anda dapat dimaklumkan kepada PTPTN. Dengan ini, masalah kemasukan pembiayaan PTPTN pada setiap semester tidak akan timbul. 



3) Bagi pelajar yang berlatar belakang daripada keluarga yang susah, anda boleh membuat permohonan bantuan zakat ukm. Tetapi pelajar perlu sedia maklum bahawa pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN atau mana-mana tajaan pengajian kebiasaanya sukar untuk mendapatkan bantuan zakat jika mereka memohon BANTUAN YURAN PENGAJIAN di zakat ukm. Pelajar yang ingin membuat permohonan zakat atas faktor KOS SARA HIDUP, akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pelajar boleh terus ke Unit Zakat UKM untuk mengetahui makluman lanjut. Pelajar boleh membuat permohonan bantuan zakat bagi sesi 1 2014/2015 dengan memuat turun borang permohonan zakat di http://www.ukm.my/bendahari dan membuat permohonan bermula pada 8 SEPTEMBER 2014. 





Nurul Syifa' Bt Mohd Shukri
MPP Fakulti Sains Teknologi Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 2013/2014
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Ahad, Ogos 31, 2014

MMP : PERTEMUAN BERSAMA PEMUDAH CARA UKM


31 Ogos 2014, UKM Bangi - Satu pertemuan di antara PMUKM dan Pemudah Cara (PC) UKM berjaya diadakan bertempat di Bilik PMUKM. Perjumpaan tersebut hanyalah bertujuan untuk memastikan pihak PMUKM mengetahui dengan lebih jelas tentang perjalanan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) dan sebagi medium kepada pihak PMUKM untuk memberikan syor ataupun cadangan. Wakil PC UKM hadir ialah Timbalan Ketua PC UKM iaitu Saudara Akim Shahbudin, beliau menggantikan saudara Izwan Salleh yang tidak dapat hadir disebabkan tugasan yang perlu diselesaikan. 


Beberapa perkara yang dapat dijelaskan ialah, berkenaan dengan program-program yang bakal di jalankan di dalam kampus seperti berikut:

· Kenapa saya di UKM


· Malam Ramah Mesra



· Di sini lahirnya sebuah cinta



· Mencari Bintang



· Tautan Ukhwah



· Malam kreativiti



· Apresiasi Aspirasi



Program-program yang bakal dijalankan adalah berdasarkan kepada TEMA yang diberikan oleh NC UKM dan terpulang kepada pihak kolej dan PC kolej untuk menjalankannya sesuai dengan kreativiti masing-masing. Program yang dijalankan pula mestilah berlandaskan 6 KRA UKM iaitu:



· Graduan beridentiti nasional, berkompeten dan berdaya inovasi



· Penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi



· Perhubungan strategik dan perkongsian pintar



· Tenaga kerja kompeten dan inovatif



· Penjanaan kekayaan strategik dan intensif



· Prasarana Ilmu yang kondusif



Sebagai contoh bagi program Apresiasi Aspirasi di Kolej Rahim Kajai, pihak kolej akan memanggil para alumni untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang di UKM. Sesi “Guardian of The Nation” adalah slot yang bakal dijalankan oleh NC UKM dan akan menyaksikan penglibatan pihak pentadbiran UKM di tahap yang maksimum. Bagi slot Pelancaran UKM 1M4U dan UKM 4 Bangi melibatkan aktiviti yang pelbagai, dikhabarkan bahawa 7 bas akan disediakan untuk ke luar kampus untuk melawat Kelab Rukun Tetangga di Bangi seterusnya aktiviti seperti khidmat siswa akan dijalankan. 



PC PUSAT UKM juga telah memaklumkan bahawa jadual yang diberikan adalah menjadi rujukan yang diberikan kepada para PC Kolej. Mereka juga sedia maklum bahawa selewat-lewatnya pada pukul 11.00 malam program perlu ditamatkan seperti mana permintaan TNC HEPA, Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal. Tambahan wakil PC lagi, mereka akan menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengarah sebarang aktiviti lewat yang telah mendapat kebenaran pengetua untuk diberhentikan agar para pelajar boleh bersedia untuk tidur pada jam 12.00 malam.



Justeru, pihak PMUKM ingin mendapatkan beberapa kepastian daripada pihak PC atas perkara tersebut:



1. Hebahan/ajakan untuk menyertai program-program kendalian kolej ataupun sebagai Ajk MEP



PMUKM telah berbincang bersama NC UKM, dan melalui perbincangan tersebut, kami mendapat persetujuan bahawa tidak ada mana-mana persatuan, program yang dibenarkan dihebahkan dan tidak ada sesi “rekrut” melainkan untuk badan-badan beruniform. Wakil PC menjelaskan bahawa semua PC telah maklum, termasuk MEP yang menjadi PC. Kami mengharapkan agar persetujuan ini dihormati kerana turut dipersetujui oleh TNC HEPA.



2. Perang DECTAR



Wakil PC menerangkan bahawa mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghalang terjadinya perang DECTAR lantaran persediaan bagi program yang mendatang dan urusan bas juga telah ditetapkan. PMUKM menjelaskan bahawa sekiranya Perang Dectar terjadi perkara tersebut mesti dipatuhi:



· Tidak ada paksaan, sesiapa yang tidak mahu menyertai perang DECTAR diberikan kebebasan.



· Tidak ada sebarang latihan Cheers melebihi waktu yang telah ditetapkan, latihan mestilah dalam ruang waktu seperti yang ditetapkan dalam jadual, termasuk waktu-waktu alternatif yang dijelaskan sebelum ini. Sekiranya berlaku dan terdapat laporan, PMUKM mengklasifikasikan perkara tersebut sebagai satu bentuk “ragging” atau buli, dan PMUKM akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara tersebut di bawah kesalahan Tatatertib Pelajar UKM serta berdasarkan rujukan UKM3.3.8/5/3 Jld 11 dan keputusan persidangan Naib Canselor ke-22 pada 21.7.1989.



· PERANG DECTAR lebih baik tidak dijalankan langsung.



3. Program-program di kolej dan sepanjang MMM



Program-program mestilah bebas daripada sebarang hebahan berkenaan ASPIRASI dan bebas dari cubaan memburukkan GMUKM. PC memaklumkan, pada kali ini mereka akan berusaha untuk memenuhi kehendak NC dan tidak akan melibatkan unsur-unsur tersebut dalam MMM sesi kali ini. 



4. Solat dan Ceramah/tazkirah



Kami memohon agar waktu solat dipatuhi dan menjadi tanggungjawab untuk PC untuk memastikan demikian. PC memaklumkan bahawa, kelonggaran akan diberikan untuk memastikan kesempurnaan perlaksanaan solat. PMUKM juga memberitahu bahawa, sekiranya sesi ceramah/tazkirah kekurangan penceramah berkebolehan, ISIUKM sedia untuk membantu. 



Akhir sekali PC memaklumkan bahawa rujukan berkenaan kebenaran untuk PMUKM berada di MMM boleh ditujukan kepada Cik Njawa dan Encik Zaili di Pusat Khidmat Siswa. PC juga mengesahkan bahawa sehingga ke perjumpaan kami tadi, tentatif itu telah solid dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dan PMUKM boleh merujuk kepada beliau. 



Pihak PMUKM sangat bebesar hati dengan keterbukaan daripada PC UKM kerana sudi berjumpa dan mendengar syor-syor daripada pihak kami. Kami akan memberikan sepenuhnya kerjasama dan kepercayaan kepada PC UKM untuk memastikan kelancaran MMM selagi mana perkara-perkara yang kita bincangkan semasa sesi pertemuan ini dihormati, dan kami meyakini pihak PC mampu untuk berbuat demikian.

1 September : Saudara Izwan Salleh ke pejabat PMUKM untuk mempersetujui
isu yang telah dibincangkan.
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Khamis, Ogos 28, 2014

MMP : PMUKM MAHU BANTU


7 Ogos 2014,UKM Bangi - Perjumpaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama Naib Canselor UKM, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof Datin Noor Aziah dan Prof Madya Dr. Roslee Rajikan, Ketua Pusat Khidmat Siswa* telah diadakan bagi membincangkan perjalanan Minggu Mesra Pelajar Sesi 2014/2015 (MMP). Perjumpaan tersebut juga disertai oleh beberapa pegawai kanan di bawah seliaan TNC HEPA UKM. Beberapa perkara telah dibincangkan dan butiran adalah seperti berikut:

1. Keterlibatan Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) semasa MMP.
NC memaklumkan bahawa pihak kementerian sendiri yang telah menetapkan individu-individu yang boleh berada di kampus semasa MMP. Justeru pada sesi kali ini, sekali lagi PMF tidak akan terlibat sepanjang MMP dan perkara ini juga telah disokong oleh TNC HEPA sendiri. Pihak kami memaklumkan perkara tersebut tidak adil kerana mengikut pengalaman beberapa YPD persatuan fakulti dan persatuan induk, sepanjang MMP fasilitator-fasilitator yang mana sebahagian mereka juga merupakan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) kolej akan menghebahkan kepada pelajar-pelajar baru untuk menyertai program-program di bawah kendalian mereka, selain itu pendaftaran untuk memasuki exco-exco di bawah MEP juga akan dibuka. 

Sehubungan dengan itu NC UKM telah “BERJANJI” perkara tersebut tidak akan berlaku pada MMP sesi kali ini, beliau dengan kapasiti sebagai NC akan berusaha untuk menghalangnya. Hebahan program-program dan kemasukan/pendaftaran sebagai ahli exo untuk setiap persatuan sama ada kolej, induk dan fakulti serta MEP hanya boleh dilaksanakan pada minggu ke III setelah kemasukan. TNC HEPA juga memaklumkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar akan dilaksanakan pada minggu ke III setelah kemasukan pelajar tahun 1. NC juga memaklumkan hanya persatuan Unit Beruniform SAHAJA yang dibenarkan untuk mengadakan pendaftaran semasa MMP.

2. Pembaharuan – pembaharuan MMP yang telah dibincangkan bersama semasa pertemuan lepas. 
NC menjelaskan dan menjanjikan bahawa MMP pada sesi kali ini berbeza dengan MMP sebelumnya. Berteraskan kepada 6 perkara Bidang Keberhasilan Utama UKM, minggu mesra pelajar pada kali ini akan memfokuskan tawaran-tawaran dan peluang yang mesti dimiliki oleh setiap mahasiswa/i yang berada di UKM sebagai contoh peluang untuk ke luar negara, program inter-fakulti, dan kepentingan mahasiswa/i UKM memiliki Identiti UKM. TNC HEPA juga menerangkan sedikit perjalanan berkenaan MMP selama seminggu bermula pada 1/9/2014*. 

Hanya ada satu sahaja program yang diadakan di DECTAR iaitu untuk upacara mengangkat sumpah. Bacaan Yasin pula akan diteruskan seperti biasa dan terdapat dua hari MMP diadakan di Fakulti iaitu satu hari untuk ibu bapa bersama para pensyarah dan satu hari yang lain untuk para mahasiswa bersama para pensyarah. Selebihnya adalah program yang berfokus di kolej justeru saya mengharapkan bukan program-program bersifat “kekolej-an” yang di laksanakan, kolej hanyalah TEMPAT dan 6 Bidang Keberhasilan Utama keberhasilan UKM tersebut adalah programnya.

3. Jawatankuasa yang terlibat semasa MMP
Untuk perkara ini, NC menyarankan pihak PMUKM untuk bertemu sendiri dengan Prof Madya Dr. Roslee Rajikan untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Saya juga telah menyuarakan kepada Prof Madya Dr. Roslee agar menimbang semula keterlibatan PMUKM dalam minggu mesra pelajar kali ini sekurang-kurangnya dapat berada di UKM dan menyaksikan sendiri program-program yang akan dijalankan atas dasar PMUKM adalah perwakilan rasmi pelajar UKM. Beliau menyatakan persetujuan dalam kalangan pengetua perlu didapatkan dan beliau tidak ada masalah untuk menjalankan perbincangan lanjut bersama PMUKM. 

4. Penglibatan PMUKM sepanjang MMP
TNC HEPA memaklumkan bahawa PMUKM akan dijemput untuk menghadirkan diri ketika program mengangkat sumpah dijalankan di DECTAR. Pihak kami menghargai jemputan tersebut dan akan sedaya upaya memberikan komitmen yang sebaiknya. 

Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati terhadap penerimaan NC dan kakitangan TNC HEPA kerana sudi berbincang bersam-sama pihak PMUKM dalam menjayakan MMP sesi kali ini. Walaupun, keputusan tidak menampakkan keadilan ruang yang telah diberikan akan kami gunakan dengan sebaik mungkin.




Mustapha Kamil Husen Abdul Kadir
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 3/4
Yang Dipertua UKM Sesi 13/14 








28 Ogos 2014, UKM Bangi - Badan induk kepada mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah mengambil inisiatif membuat kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat semasa Minggu Mesra Pelajar (MMP) untuk memastikan kelancaran sepanjang MMP berlangsung. Kami telah menyampaikan hasrat kami kepada dekan setiap Fakulti, Pusat Islam serta Wisma Aman. Kami akan bersama-sama dengan mereka untuk kelancaran program minggu Mesra Pelajar(MMP).







AMARAN PERANG DECTAR






4 September 2014, UKM Bangi - Walaupun sudah berulang kali ditegah serta dikecam daripada berlangsungya perang dectar, masih ada yang tidak mengambil pusing tahap keseriusan aktiviti ini. PMUKM berpendirian bahawa Perang Dectar tidak wajar diadakan berikutan ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada siswa/I UKM. 

Pastinya perang dectar tidak menonjolkan imej yang selaras dengan cetusan baru dari NC UKM dalam menjadikan UKM sebagai Guardian of Nation. Sekiranya “Slot” perang dectar masih ingin dilaksanakan, kami menegaskan agar tiada sebarang penderaan dari aspek mental dan fizikal terhadap siswa/I baru UKM. Jika PMUKM menerima sebarang aduan mengenai “kesan” dari perang dectar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan atas melakukan deraan (ragging) mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh TNC HEPA UKM.

Kami berharap serta memberi penegasan keras kepada pihak Pemudahcara (PC) untuk bersama-sama membendung aktiviti ini daripada berlaku demi kesejahteraan kita bersama. 



Muhammad Sallehudin Bin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib Yang Dipertua PMUKM Sesi 13/14





:: Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::