Jumaat, Januari 31, 2014

RANKING DAN UNIVERSITI


30 Januari 2014, UKM Bangi -  Warga Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat khabar gembira apabila UKM dinobatkan oleh QS World University Ranking sebagai satu – satunnya universiti di Malaysia yang berjaya berada di tangga 50 teratas untuk universiti yang ditubuhkan dibawah 50 tahun. Selain beberapa universiti yang terkeluar daripada ranking tersebut setelah genap 50 tahun penubuhannya, beberapa faktor lain turut menyebabkan UKM berada dikedudukan yang lebih baik. Pada tahun ini, UKM berada di kedudukan 19 berbanding di kedudukan 23 pada tahun lepas.

Sempat saya bertanyakan pandangan beberapa orang pensyarah UKM berkenaan tentang prestasi tersebut. Kejayaan UKM ini sedikit sebanyak disebabkan oleh “paper” ataupun “tulisan ilmiah” yang dihasilkan oleh warga akademik UKM. Status “Research University” yang dianugerahkan kepada UKM menjadi rahsia disebalik kejayaan tersebut. Elemen penyelidikan yang diterapkan melalui senergi pensyarah, pelajar siswazah dan prasiswazah juga telah menyumbang kepada pencapaian tersebut. Senergi ini direalisasikan melalui projek-projek tahun akhir yang dikaitkan dengan projek-projek yang dijalankan oleh pelajar “master” dan PhD. “Projek awak ini meyumbang pada pencapaian universiti jadi pastikan awak buat elok-elok” tegur pensyarah tersebut kepada saya.

Hakikatnya UKM juga bakal menggenapkan 50 tahun penubuhannya dan selapas genap umur tersebut, QS World Ranking ini tidak akan memberikan sebarang nilai kepada UKM. Cabaran dan permasalahan baru perlu dihadapi oleh semua warga UKM agar mampu memastikan UKM terus terkehadapan dan berkemampuan untuk bersaing dengan universiti-universiti lain di dunia. Beberapa aspek perlu diteliti semula, graduan yang dihasilkan perlu lebih “competent”, kajian dan tulisan ilmiah yang diterbitkan perlu lebih kritikal tanpa mebezakan bidang samada sains, teknologi, ekonomi dan juga sastera. Paling penting, suasana universiti perlu “Bertaraf Dunia” bagi memastikan segalanya dapat direalisasikan.

InsyaAllah pada 3 Februari 2014, PMUKM akan bertemu dengan Naib Censelor UKM, Prof. Datuk. Dr. Noor Azlan Ghazali bagi berbincang dan juga bekerjasama dalam segenap lapangan untuk memastikan Universiti Kebagsaan Malaysia yang merupakan universiti kebanggaan rakyat Malaysia terus maju sebagaimana hasrat rakyat diawal zaman 70-an semasa mula-mula UKM ditubuhkan. Perlu diingat ranking yang diberikan hanyalah angka semata, namun nilai dan falsafah sebuah varsiti akan kekal dan terus menyumbang dalam melahirkan manusia kelas pertama. Akhir sekali, marilah kita sebagai entiti UKM berbangga dan terus bekerjasama dalam membangunkan universiti ini.






Mustapha Kamil Husen Bin Abdul Kadir
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
YDP PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::