28 Jan 2014, UKM Bangi - Satu lawatan penanda aras mpp dari Mpp Uitm Cawangan Sarawak telah diadakan di Bangunan Pusanika, Ukm. Lawatan ini dihadiri oleh 26 MPP dari universiti berkenaan bersama seorang pegawai iringan yang diketuai oleh Saudara Mohamad Zharif selaku ketua program.
Lawatan sekitar 5 jam ini dimanfaat sepenuhnya oleh kedua dua pihak dengan mengadakan proses suaikenal dan perbincangan serius mengenai pembawakan perwakilan pelajar dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama. Yang Dipertua MPP Uitm Sarawak
Selain itu, tambahan idea turut dikongsi oleh NYDP II PMUKM, Saudari Afifah dengan menyatakan bahawa mahasiswa pada era pimpinan kali ini sendiri perlu menelusuri perwatakan holistik yang berterusan dalam melahirkan minda kelas pertama kerana pembentukan minda kelas pertama bukan sekadar terbina secara serta merta bahkan sesuatu yang bersifat secara berterusan sepanjang hayat.
Mengambil idea tokoh yang mencetuskan minda kelas pertama iaitu Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam pembentangan beliau dalam RMK Ke-9, pembentukan minda kelas pertama atau pembangunan modal insan ini ditekankan kepada tiga elemen penting iaitu peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi, dan pembentukan masyarakat berbudayadan memiliki kekuatan moral. Dalam mencapai ketiga tiga elemen ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah dan santai diadakan untuk mendidik mahasiswa di universiti agar memahami tujuan sebenar mengapa pembentukan minda kelas pertama ini sangat penting dalam kalangan mahasiswa dalam membantu pihak universiti mengangkat martabat IPT yang lebih hebat.
Justeru, kami di pihak PMUKM sangat berbesar hati dengan kunjungan yang diterima dan berharap perkongsian idea yang dijalankan membuahkan hasil serta sedikit sebanyak dapat membantu pihak MPP Uitm Sarawak. Sesungguhnya, universiti adalah sebuah gedung ilmu yang perlu dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu yang ada dan tidak hanya memfokuskan kepada ilmu formal seperti kuliah semata mata bahkan terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::