Rabu, Julai 09, 2014

GAZA MENANGIS DAN BERDARAH LAGI

9 Julai 2014, UKM Bangi - Jalur Gaza adalah sebuah wilayah di Palestina, luasnya sekitar 365 km persegi, dihuni oleh sekitar 1.5 juta orang, sangat terkenal kerana perjuangan rakyatnya yang gigih dan tidak kenal lelah melawan penjajah Zionis Israel.

sekian waktu,
engkau menangis lagi,

merintih, memohon keajaiban berlaku
Ya Allah, bantulah rakyat palestin daripada cengkaman Yahudi si penjajah laknatullah.
Gaza bermandi darah lagi!
terdengar jeritan di sana sini.

Israel kian angkuh dengan penindasan yang dilakukannya terhadap bumi Gaza dan rakyatnya. Ketegangan semakin meningkat hingga ke hari ini ekoran berita serangan udara Israel di Gaza. Perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza. Mewakili mahasiswa, kami menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.



Kepada seluruh Mahasiswa, ayuh bersama-sama menunjukkan kecaknaan anda terhadap isu sensitif ini. Kagum dengan mereka yang turut merasai kehangatan kekejaman Israel. Namun saya masih bimbang akan kita yang diserang, telah diserang sejak sekian lama, dan sentiasa diserang dengan pelbagai ideologi. penjajahan pemikiran, emosi, sikap kita dan hati kita. Mungkin kita terpaksa menghitung diri kita semula selepas ni? serangan saraf yang lebih berbahaya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Renungan.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya?

Beliau menjawab : kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat-nikamat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Siapakah yang mahu menghibur rakyat Jalur Gaza yang sedang menangis agar dapat tersenyum? Siapakah yang mahu menghapus linangan “air mata darah” yang membasahi bumi para Nabi?



Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::