Jumaat, Julai 04, 2014

UNIVERSITI KITA TIDAK LAGI RELEVAN

4 Julai 2014, UKM Bangi -  Berita berkenaan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah untuk Pusat Universiti Malaya bagi Demokrasi dan Pilihan Raya(UMcedel) yang tidak diperbaharui telah menimbulkan persoalan besar sama ada universiti kita masih relevan ataupun tidak. Spekulasi yang mengatakan berlaku campur tangan pihak luar serta pencabulan terhadap prinsip Academic Freedom mengeruhkan keadaan. Perletakan Datuk Saifuddin Abdullah sebagi felo penyelidik bagi menunjukkan solidariti seolah-olah membenarkan spekulasi tersebut namun kenyataan Ketua Setiausaha II Kementrian Pendidikan Malaysia Prof Dato’ Sri Ir. Zaini Ujang kembali mengembalikan berjaya mengaburi kedaan ini. Justeru dikhabarkan pada 4 Julai 2014, sekumpulan mahasiswa UM akan mengadakan protes bantahan demi mempertahankan Academic Freedom bertempat di UM sendiri. Pesanan saya, semoga berjaya.


Benar!! Universiti kita tidak lagi relevan sekiranya prinsip asas seperti Academic Freedom tidak lagi diraihkan. Sesebuah universiti sepatutnya membincangkan isu berkenaan pembangunan negara secara bebas dan tanpa sebarang perasaan takut kerana perbincangan tersebut adalah berdasarkan satu kajian yang sangat kukuh. Adakah perkara tidak ini diluar pengatahuan para intelek di universiti kita? Jawapanya, Tidak, saya ambik contoh di UKM,

“Kod ini adalah bertujuan untuk menjamin kebebasan akademik semua pelajar untuk meneroka dan menyelidik,belajar dan bersuara di khalayak ramai secara telus mengikut suara hati yang jujur tanpa perasaan takut akan dipersalahkan atau kemungkinan diambil tindakan” Kod Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatakelakuan Aktiviti Politik Pelajar dan Badan Pelajar)

Walaupun contoh yang diambil memfokuskan kepada kegiatan pelajar, ini juga mencerminkan polisi yang diamalkan secara bersama (common principle) terhadap semua lapisan masyarakat universiti iaitu pensyarah,pengurusan dan pelajar. Saya juga yakin kod dan polisi sedemikian wujud di setiap unversiti. Lalu persoalan timbul, siapakah manusia durjana yang telah mecabuli prinsip Academic Freedom tersebut? Saya tidak mampu memberikan jawapan mutlak tetapi yang pasti telah beraku keruntuhan “daulat ilmiah” dalam universiti kita ini. Para intelek telah mendapat AMARAN keras dan ketakutan akan terus dan terus mengkerdilakan suara dan idea mereka daripada didengari.

Walaubagaimanapun, setelah berkurun lama tuntutan terhadap Academic Freedom ini diperjuangkan dan selepas beberapa pindaan didalam AUKU sedikit kebebasan telah diberikan. Dengan sedikit kebebasan ini, berlaku beberapa tuntutan di universiti yang sedar akan kepentingan tersebut. Di UKM tuntutan ini dimulakan sekian lama dan hanya ketika sesi kepimpinan PMUKM 2010/2011 tuntutan tersebut semakin lantang. Akhirnya setelah pertukaran tampuk kepimpinan UKM kepada Naib Censelor yang baru iaitu, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali konsep “Persada Censelor” diperkenalkan. Ia seakan-akan seperti “Suara Kampus” yang merupakan inisiatif PMUKM tetapi yang penting kita perlu mengiktiraf sebarang usaha untuk menjunjung kebebasan akadamik. Namun adakah benar kebebasan akademik diutamakan atau hanya sekadar syarat? Saya masih sangsi. Sekiranya pemimpin ASEAN yang didakwah “rasuah” dibenarkan berucap dan hanya isu-isu sampingan yang dibincangkan manakala isu-isu besar dan orang-orang yang dikatakan berhaluan kiri dan mengugat “mereka yang di Putrajaya” masih tidak diberikan peluang sewajarnya, ia tidak memberikan makna yang besar terhadap nilai Academic freedom tersebut.

Akhirnya, sepertimana kata – kata NC UKM yang sering kali diungkapkan beliau, “kita mesti melaksanakan perubahan untuk memastikan universiti kita terus relevan” maka saya akan sentiasa mengimpikan dan memastikan perubahan tersebut, bukan sahaja di UKM tapi diseluruh universiti kita. Saya yakin bukan sekadar 3 orang professor sahaja yang bertaraf dunia ada di Malaysia ini. Akan muncul lagi berpuluh malah beribu professor sekiranya benar-benar dimanfaatkan dan natijahnya kita berupaya merelevankan universiti kita.



TINTA YDP PMUKM
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::