Selasa, November 01, 2011

YES 4G : Satu Alternatif Buat Mahasiswa UKM


Bermula pagi 31 November 2011, booth YES 4G dibuka di Pusanika Paras 5. Ia mungkin berita baik buat mahasiswa UKM untuk mendapatkan internet yang lebih laju.

Pada peringkat awal perkenalan YES 4G, lebih 20 orang yang telah menggunakan perkhidmatan ini. Komen dari pengguna UKM yang terdiri dari mahasiswa sendiri adalah sangat memuaskan. Booth YES 4G di UKM kini akan terus kekal dibuka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Buat Informasi semua, setiap seorang dari mahasiswa UKM ini telah pun mempunyai ID YES 4G masing-masing, terpulang pada anda untuk menggunakannya atau tidak. Maklumat lebih lanjut boleh kunjungi booth tersebut di Pusanika!