Selasa, November 01, 2011

Kempen Imunisasi Pusat Kesihatan UKM 2011


Untuk pengetahuan rakan-rakan mahasiswa, mulai 31 Oktober sehingga 11 November 2011 akan diadakan Kempen Imunisasi 2011 anjuran Pusat Kesihatan UKM.

Bertempat di ruang legar Aras 1, Pusat Kesihatan UKM Bangi, pelbagai aktiviti yang menarik diadakan khusus sempena Kempen Imunisasi.

Antaranya Ceramah Kesihatan "Cegahi Penyakit Melalui Vaksinisasi" , ujian saringan Hepatitis, pameran kesihatan dan vaksinisasi.

Antara vaksiniasi yang ditawarkan adalah untuk mencegah penyakit Hepatitis A & B, cacar air (chickenpox) dan kanser serviks (cercival cancer).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kaunter Pendaftaran di talian 03-8921 5115 atau 03-8921 5087 (pejabat).

Ayuh sama-sama kita menjadi mahasiswa prihatin dengan menyertai kempen ini!


SAYA MAHASISWA PRIHATIN !