Khamis, November 03, 2011

Pentadbiran Fakulti Sepakat Bersama Mahasiswa

Tujuan Himpunan Penerangan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan dengan Konvensyen pendidikan Mahasiswa kebangsaan 2011. Himpunan ini juga diadakan berdasarkan keputusan bersama semua kampus dalam perjumpaan prakonvensyen pada (27 Oktober 2011).

Dalam konvensyen tersebut beberapa isu yang hangat telah dikupas secara ilmiah dan pihak urus setia berpandangan adalah tidak releven sekiranya pada waktu konvensyen tersebut mahasiswa baru hendak ambil tahu apa yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang.

Maka sangat wajar Himpunan Penerangan ini diadakan di seluruh kampus bagi memberi maklumat dan memberi peluang kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan untuk mengkaji lebih dalam berkaitan isu yang dibangkitkan ini. Ini antara usaha untuk mengembalikan mahasiswa ke arah perbincangan ilmiah dan rasional terhadap sebarang permasalahan yang berlaku.

"Saya telah berbincang dengan pentadbiran berkaitan Himpunan Penerangan ini. Kita mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada pentadbiran Fakulti Pendidikan yang menyokong perkara ini dibincangkan secara ilmiah. 

"Sepatutnya, esok kita akan adakan Himpunan Penerangan, tetapi kita akan tangguhkan Himpunan Penerangan tersebut selepas cuti nanti".

"Di peringkat pentadbiran fakulti, mereka bersedia bertemu dengan semua pelajar Fakulti Pendidikan untuk mendengar semua isu pendidikan secara bersemuka. Kita sama-sama mencari penyelesaian yang baik dalam hal ini. 

"Ini suatu yang cukup positif bila pentadbiran sendiri mahu bersama mahasiswa" jelas MPP Pendidikan, Saudara Izzuddin bin Pisol.

Menurut Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK), "Saya cukup bersyukur bila pihak pentadbiran fakulti mengambil keputusan ambil berat dalam perkara ini. Ini cukup menggembirakan hati kita semua (mahasiswa Fakulti Pendidikan). 

"Pentadbiran sebeginilah yang kita mahu, bersama dalam mendepani permasalahan bukan bersikap defensif semata-mata. Di UPSI, sokongan dari pihak pentadbir juga dilihat bersama mahasiswa dalam menyelesaikan isu ini. (hal ini  menunjukkan) kita dapat bersatu dalam menyelesaikan masalah ini.

"Akan tetapi, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus mengambil tanggungjawab bersama dalam mendepani kebimbangan yang ditunjukkan oleh mahasiswa (Pendidikan) seluruh kampus. Kita takut perkara ia makin celaru sehingga mahasiswa bertindak mengikut emosi, selagi KPM tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu 'posting' dan dasar pendidikan yang dilihat tidak konsisten, selagi itu semua kampus akan bersuara."


Himpunan Penerangan akan diadakan selepas cuti hari raya sebagai ganti pada esok hari. Ayuh mahasiswa bersama kita menunjukkan kebimbangan bersama dalam isu ini.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI