Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) terus mendekati rakan-rakan mahasiswa dalam membawakan paksi kebajikan, keintelektualan, kepimpinan integriti dan keadilan sosial.
Terbaru, program jelajah mesra PMUKM mendekati rakan-rakan di Kampus Cheras (Perubatan) dan Kuala Lumpur. Program yang diadakan dengan kerjasama MPP di Kampus Kuala Lumpur dan Fakulti Perubatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kepimpinan PMUKM dan rakan-rakan mahasiswa dari segenap lokasi dan generasi.
Program tersebut bermula di Kampus Cheras itu setibanya MPP dan rakan-rakan PMUKM sekitar pukul 4 petang. Sesudah solat Asar, sesi beramah mesra MPP bersama rakan-rakan di kampus Cheras berlangsung tanpa protokol dengan rakan-rakan yang rata-rata di tahun 4 dan 5. Turut diadakan edaran bubur lambuk yang disediakan khusus untuk program tersebut.
Menjelang pukul 5.30 petang, MPP beredar menuju Kolej Tun Syed Nasir, Kampus Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima turut memberangsangkan. Turut diadakan bersama sesi beramah mesra diselangi edaran bubur lambuk untuk rakan-rakan mahasiswa.
Seusai aktiviti ramah mesra dan pengedaran bubur lambuk, MPP dan rakan-rakan mahasiswa KTSN berkesempatan untuk bersama-sama solat berjamaah. Satu slot tazkirah diadakan selepas solat Maghrib tersebut.
Tazkirah telah disampaikan oleh Timbalan Presiden PMUKM, saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff yang menyentuh perihal peranan mahasiswa dalam mendepani masyarakat. Turut disentuh oleh beliau, tiga ciri mahasiswa yang sewajarnya iaitu (i) penghubung masyarakat (ii) ejen perubahan (iii) penerus agenda generasi.

Selesai slot tazkirah dan solat Isyak, tiba kepada acara yang ditunggu-tunggu iaitu majlis perasmian Rakan PMUKM peringkat Kampus Kuala Lumpur dan Cheras.
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh MPP Hatem dan diikuti ucapan perasmian oleh saudara Presiden, Lt M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi.
Di dalam ucapannya, beliau terharu dengan sambutan yang diterima daripada rakan-rakan mahasiswa terhadap PMUKM, biarpun berlainan lokasi dan kondisi. Beliau turut menekankan kepentingan berorganisasi dan matlamat tersirat yang ingin dicapai di sebaliknya.

Tiba ke acara kemuncak bagi majlis malam semalam dengan gimik perasmian iaitu memotong kek.
Turut bersama-sama di dalam majlis perasmian Rakan PMUKM adalah timbalan-timbalan pengetua Kolej Tun Syed Nasir.
Majlis diteruskan dengan sesi dialog bersama pimpinan PMUKM yang membuka soalan dan pertanyaan daripada mahasiswa/i KTSN berkaitan isu kebajikan mereka. Antara perkara yang dipandang serius adalah berkaitan masalah subjek umum ketika semester pendek tempoh hari dan kontrak pembelajaran yang tidak jelas di peringkat mahasiswa/i KTSN.
PMUKM juga turut menyeru JAKSA dan persatuan mahasiswa fakulti untuk bersama PMUKM dalam agenda kebajikan supaya dilihat suara mahasiswa lebih mapan dan kuat dalam menyuarakan isu kebajikan kepada pentadbiran.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI