Isnin, November 14, 2011

Nama UKM Harum di Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011


Seramai 21 orang perwakilan UKM yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains, Sosial & Kemanusiaan (PMFSSK), Ikatan Studi Islam UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK), Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) dan Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) telah ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT (KPPIPT) di UTM Johor Bahru pada 10-13 November 2011 yang bertemakan "Membina Negara Bangsa".

Delegasi dari UKM diketuai oleh Presiden PMUKM sendiri iaitu Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi. Selama 4 hari di UTM diisikan dengan 3 buah forum dan sidang meja bulat bersama ilmuwan dan pemimpin negara serta rakan-rakan pimpinan mahasiswa IPTA/IPTS. Selain UKM, IPTA yang turut menghantar perwakilan ke konvensyen ini adalah UM, UIA, USM, UPM, UUM, UPNM, UMP, UNIMAP, UNIMAS manakala IPTS pula Masterskill, Kolej Yayasan Melaka, Binary College, UNITEN, dan Kolej Shah Putra.

Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil semasa sesi pembentangan
Sdr. Izzat Fathi membentangkan kertas kerja bertajuk "Negara bangsa, Satu Analis
2 orang daripada 5 pembentang kertas kerja daripada pimpinan IPT merupakan pimpinan mahasiswa UKM iaitu Presiden PMUKM, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dengan tajuk dengan tajuk "Pembinaan Negara Bangsa : Bagaimanakah Peranan Ekonomi?" dan Mohd Izzat Fathi yang membentangkan "Negara Bangsa, Satu Analisa" selain mendapat pujian daripada wakil KPT yang hadir, ia sekaligus telah menaikkan nama UKM ke peringkat kebangsaan.




Resolusi Konvensyen

Sebanyak 7 resolusi yang digariskan pada akhir konvensyen iaitu:

  1. Memberi keistimewaan dan menaik taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
  2. Mengatasi jurang ekonomi antara masyarakat dengan memperkasakan pembelian barangan buatan tempatan dan mempertingkatkan bidang pertanian.
  3. Meminta pembabitan mahasiswa dalam audit universiti dan perbelanjaan aktiviti mahasiswa
  4. Membuka lebih banyak kuota kepada pelajar IPTS untuk melanjutkan pembelanjaran di IPTA
  5. Minta peranan media untuk menapis filem dan sebagai ejen ilmiah
  6. Mewujudkan jaringan antara universiti dangan sektor yang berkepentingan
  7. Pemurnian semula sukatan belajar sejarah dengan memperkasa Rukun Negara.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI