Jumaat, Mei 06, 2011

Perkembangan Subjek U2, U3 dan Workplace I

Berikut merupakan makluman perkembangan isu U2, U3 dan Workplace I dari MPM Azida dan MPM Amalina.

Menurut mereka, Subjek U2 dan U3 kini dalam proses pendaftaran manual oleh pegawai PPU ke dalam SMP Web. Rakan-rakan mahasiswa hendaklah sentiasa peka dengan SMPWEB sama ada subjek tersebut sudah terdaftar atau belum. Kelas akan bermula pada minggu hadapan.

Berkaitan subjek Workplace I bagi mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan didaftarkan bagi set 2 bagi subjek berkenaan, kelas akan dijalankan pada hari Selasa dan Khamis pada waktu 8.00 pagi di Bilik Seminar 6. Pensyarah yang bertanggungjawab adalah Puan Norlaila Bt Mufti & Puan Huzaifa Mastura.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI