Hari Belia yang disambut pada 15 Mei saban tahun di negara tercinta ini perlu kita cernakan sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka.
Tokoh Belia
Lihatlah nama-nama besar seperti Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi para sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam , bergandingan bahu dengan Baginda Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.
Lihatlah nama-nama besar seperti Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi para sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam , bergandingan bahu dengan Baginda Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.
Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom di samping kehebatan seorang anak muda bernama Muhammad yang kemudian bergelar Sultan Muhammad II Al-Fateh yang membuka Kota Istanbul ( Constantinople ) ketika berusia 21 tahun.
Cita-Cita
Cita-Cita
Anak muda khususnya yang berstatus seorang pelajar sering ditanya oleh guru, cita-cita untuk menjadi siapa. Jurutera, doktor, peguam, usahawan mahupun apa-apa. Dan anak muda tersebut tangkas menjawab hendak menjadi itu dan ini. Tetapi berapa ramai di kalangan kita menanam cita-cita untuk 'apa' ; bukan sekadar 'siapa' ? Cita-cita untuk menjadi apa jelas berbeza dengan makna menentukan perjuangan hidup seseorang.
Apabila seseorang memikirkan apakah perjuangan hidupnya; apakah yang hendak dicapai sepanjang kehidupannya atau apakah yang dia boleh bagi kepada orang lain, kepada masyarakat, kepada agama dan negaranya maka ini akan menjana pemikiran menentukan survivaliti perjuangan hidup mereka. Khusus bagi seorang pelajar sekolah, belia atau remaja, maka ini adalah lebih tinggi nilainya dari sekadar memikirkan untuk menjadi doktor, jurutera, ahli sains, angkasawan yang biasa dan lantas mereka akan memikirkan dan berusaha untuk mencapai perjuangan hidup pasti memberikan hasil yang berbeza yang pastinya lebih tinggi nilai pencapaiannya.
Sewajarnya, peranan dan tanggung jawab belia pada hari ini adalah perlu ke arah merealisasikan penjanaan pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama yang jelas adalah cukup besar sekali. Peranan belia hari ini bukan sekadar membina kerjaya atau melakukan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang dan hobi sahaja tetapi warga belia sepatutnya turut sama menyumbang idea, masa dan tenaga ke arah pembangunan modal insan menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani di persada dunia.
Dan, sebagai ahli masyarakat dalam usaha kita membina dan membangun generasi muda hari ini, ia menuntut perhatian yang besar dan bersungguh-sungguh dari semua pihak sama ada dari kerajaan mahu pun rakyat. Juga sewajarnya janganlah usaha itu dianggap enteng dan dilakukan ala kadar sahaja bak melepaskan batuk di tangga atau sekadar pada musim-musim tertentu.
Selamat Hari Belia.
Ahmad Muzzamil bin Muhd Hairi
Presiden
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
Sesi 2010-2011
Tarikh : 15 Mei 2011