Rabu, Mei 11, 2011

Respon Isu : Pemakaian Skirt Bukan Faktor Kemenangan

Baru-baru ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengambil tindakan dalam mengeluarkan kenyataan akan 'mewajibkan' semua pemain badminton wanita memakai 'skirt' bermula 1 Jun ini. Dalam pada itu, walaupun terdapat beberapa siri bantahan yang dilakukan oleh para pegawai dan juga para pemain terhadap tindakan BWF tersebut akan tetapi, pihak BWF masih berkeras untuk meneruskan tindakan mewajibkan pemakaian skirt untuk semua pemain badminton wanita.

PMUKM memandang serius isu pemakaian dalam sukan oleh kerana ianya merupakan imej bagi seseorang. Tindakan BWF mewajibkan pemakaian skirt terhadap pemain badminton wanita bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton merupakan satu alasan yang langsung tidak munasabah dan tidak berasas.

Dalam pada itu, Naib Presiden 2, Saudari Muslimah BT Marsi menyelar tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menyokong  BWF dalam perlaksanaan mewajibkan pemakaian skirt terhadap pemain wanita.isu mewajibkan pemakaian skirt bagi pemain wanita juga merupakan dilihat satu eksploitasi yang cuba dilakukan oleh pihak BWF.

"Saya ingin mempersoalkan tindakan BWF berhubung isu pemakain wanita ini. Apa sangat aksi yang menarik jika wanita memakai skirt? adakah menarik sebab dapat melihat aurat yang semakin banyak didedahkan ataupun menarik atas persembahannya? Saya yakin dan pasti, pengunjung yang datang bukannya ingin melihat acara peragaan tubuh tapi sebaliknya ingin melihat persembahan pemain itu sendiri" tegas beliau

Selain itu, Saudari Muslimah dalam kenyataannya menyatakan bahawasa pemakaian pemain wanita sama ada skirt ataupun seluar sama sekali tidak memberi kesan yang jelas terhadap prestasi pemain wanita tersebut.

"Merujuk kembali kepada beberapa perlawanan badminton wanita dari siri kejohanan yang lepas, saya mendapati ianya sama sekali tidak memberi satu kesan yang jelas pada pemakaian wanita tersebut biarpun dia memakai seluar mahupun skirt. Sebagai contoh, kita boleh lihat pemain salna nehwal daripada negara india yang mampu merangkul juara badminton swiss open women 2011 dengan mengenakan seluar sukan.Ataupun kita dapat lihat juara regu wanita dalam piala All England Super Series 2010, Du Jing dan Yu Yang yang memakai seluar sukan dalam acara akhirnya " ujar beliau

Saudari Muslimah juga melahirkan harapan supaya kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan dalam mendesak BWF agar membatalkan tindakannya ingin mewajibkan pemain wanita memakai skirt dalam setiap kejohanan. Tindakah mewajibkan pemain wanita memakai skirt bukan sahaja dilihat menghina mereka-mereka yang menganut agama ISlam, bahkan ia menghina agama-agama lain yang juga ingin menjaga kehormatan wanita.

BERSAMA MAHASISWA MERERALISASI VARSITI