Khamis, Mei 05, 2011

PENGUMUMAN : Permohonan Masuk Peperiksaan Dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester III Sesi Akademik 2010-2011

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Perhatian kepada semua mahasiswa program Prasiswazah, adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester III Sesi Akademik 2010-2011 akan diijalankan pada 20 HINGGA 25 JUN 2011.

Sehubungan itu, rakan-rakan sekalian diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester III Sesi Akademik 2010-2011.

Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui Laman SMPWEB mulai 23 hingga 29 Mei 2011.

Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara-saudari daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara-saudari dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara-saudari perlu lakukan ialah seperti berikut:

- Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara-saudari perlu mengesahkannya dengan menekan butang SAH.

- Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara-saudari dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut.

- Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Akademik selewat-lewatnya pada 30 MEI 2011.

- Sekiranya saudara-saudari gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap.

- Jika saudara-saudari tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara-saudari akan diberi gred E (gagal).

- Saudara-saudari yang tidak membuat pengesahan akan dikenakan denda sebanyak RM 15.

- Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing nulai 3 JUN 2011.

- Rakan-rakan sekalian dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara-saudari mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Semoga perhatian yang rakan-rakan berikan terhadap hal-hal ini dapat melancarkan proses persiapan rakan-rakan untuk menghadapi peperiksaan.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"


Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad
Setiausaha Agung PMUKM 2010-2011