Sambungan daripada siri lawaran PMUKM yang lalu, pada 11 Mei 2011, Siri lawatan PMUKM ke Jabatan Pentadbiran diteruskan lagi dengan sesi lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) serta unit koperasi UKM. Kali ini, lawatan tersebut masih diketuai oleh Saudara Mohammad Abdullah selaku Timbalan Presiden sebagai pemangku presiden yang telah menghadiri kem latihan MPP. Antara MPP lain yang turut terlibat adalah Saudara Wan Ahmad Fahmi, Izzuddin, Azida, Noraini, Akma, Azlan, Helmi dan Fadzil.
Fokus utama lawatan ini adalah untuk membina hubungan kerjasama yang erat di antara PMUKM dengan pihak pentadbiran selain menekankan peranan PMUKM sebagai badan penghubung serta agen penyampai maklumat antara mahasiswa dengan pihak pentadbir. Selain itu, beberapa permasalahan serta persoalan berkaitan kepentingan mahasiswa telah dibangkitkan, antaranya:
Fokus utama lawatan ini adalah untuk membina hubungan kerjasama yang erat di antara PMUKM dengan pihak pentadbiran selain menekankan peranan PMUKM sebagai badan penghubung serta agen penyampai maklumat antara mahasiswa dengan pihak pentadbir. Selain itu, beberapa permasalahan serta persoalan berkaitan kepentingan mahasiswa telah dibangkitkan, antaranya:
Perpusatakaan Tun Sri Lanang
Antara isu yang cuba dibangkitkan dalam pertemuan berikut adalah berkaitan dengan penurunan jumlah mahasiswa yang datang ke PTSL.Perkara ini dilihat merugikan mahasiswa oleh kerana kebanyakkan buku yang ada di dalamnya dibeli 95% daripada luar negara dan merupakan antara buku-buku yang menjadi rujukan utama. Pihak PTSL sangat mengharapkan PMUKM dapat menggalakkan mahasiswa UKM untuk datang ke PTSL.
Selain itu, pihak PTSL juga menerangkan kemudahan pelajar-pelajar untuk mengakses ATMA. Respon dari pihak PTSL menyebut bahawa bagi mahasiswa tahun 3, mereka boleh mengakses arkib ATMA sepenuhnya setelah menjadi ahli ATMA. Manakala bagi mahasiswa tahun 1 dan tahun 2, hanya dibenarkan masuk ke ATMA pada hari Isnin, Rabu dan jumaat bagi tujuan mencari bahan kajian.
Dalam proses memudahkan dan membantu mahasiswa di PTSL, Pihak PTSl telah menyediakan kaunter pertanyaan yang disediakan khas untuk mahasiswa menyoal mengenai PTSL sekiranya mahasiswa tersebut mempunyai kesukaran dalam mencari bahan kajian dan rujukan.
Pihak PTSL juga ada merespon berkaitan kewujudan perpustakaan seranta di setiap fakulti dan kolej pada tahun 2008 bagi memudahkan mahasiswa mencari bahan rujukan di samping meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan mahasiswa.
Mengenai isu akses mahasiswa daripada universiti selain UKM ke PTSL, pihak PTSL merespon tiada masalah bagi mahasiswa universiti lain khususnya dari IPTA untuk datang membaca di PTSL, akan tetapi sekiranya mahasiswa tersebut ingin membuat pinjaman, mereka perlulah mendaftarkan diri sebagai ahli terlebih dahulu dimana mereka terpaksa membayar sebanyak RM100. Manakala bagi peringkat IPTS pula, untuk mengakses ke PTSL, mereka terpaksa mendaftarkan diri menjadi ahli PTSL terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk dan membuat pinjaman.
Koperasi
Antara Isu yang cuba dibangkitkan adlah berkaitan peranan koperasi dalam membantu mahasiswa . Respon daripada pihak Koperasi menyatakan bahawa pihaknya ada mewujudkan Kshop di setiap kolej yang mana akan dijaga oleh mahasiswa sendiri bagi meningkatkan kemahiran mahasiswa terhadap sektor keusahawanan.
Selain itu, Pihak koperasi juga ada menawarkan perkhidmatan penghataran barang terus ke rumah-rumah dimana harganya adalah bergantung kepada jenis barang sebagai contoh penghantaran motor dicas RM150.
Akhirnya, jutaan terima kasih dari pihak PMUKM atas kesudian pihak PTSL dan Unit Koperasi oleh kerana sudi menerima lawatan kami. Mudah-mudahan lawatan tersebut akan melancarkan gerak kerja pada masa akan datang.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI