Rabu, Mei 04, 2011

PMUKM bersama masyarakat


Pada hari Isnin, 2 Mei 2011, Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM telah dijemput untuk ke Program Gotong-royong bersama masyarakat anjuran Persatuan Ibu Tunggal dan AJK Komuniti. Beberapa orang MPP yang terdiri daripada Saudara Presiden sendiri, Ahmad Muzammil Bin Mohd Hairi, Timbalan Presiden, Mohammad Abdullah Mohamed Yussof, Naib Presiden 3, Faizal Ahmad, Naib Presiden 4, Ikram Bin Darus, MPP Wan Ahmad Fahmi dan MPP Helmi Othman selaku Biro Kerohanian, beserta Saudari Noraini sebagai Pengerusi Biro Perpaduan telah bersama-sama turun ke lapangan bagi membantu penduduk kawasan Flat Cempaka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi dalam aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Syabas PMUKM atas usaha untuk melebarkan jaringan bersama masyarakat. 



Presiden bersama MPP Mohammad dan MPP Faizal sedang sibuk membersihkan kawasan perumahan yang kotor dan sering menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi.




MPP Helmi sedang membersihkan kawasan koridor Flat Cempaka.




Barisan MPP sedang berbincang bersama AJK Komuniti untuk pengagihan tugas gotong-royong di kawasan Surau Ridhuan, Apartment Cempaka.  


Presiden Muzammil bersama MPP Wan Ahmad Fahmi bertungkus-lumus menjalankan kerja pembersihan dan pelupusan perabot lama.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru PMUKM. Semoga mahasiswa terus melangkah bersama masyarakat dan usaha ini dapat dipertingkatkan lagi