Selasa, Mei 10, 2011

Kes Ragut : Siswi Perlu Berhati-hati

Sumber: Blog MPP Muslimah


Sekitar jam 10 malam Khamis (5 Mei 2011) lalu, saya dikejutkan apabila menerima satu panggilan telefon berkaitan seorang siswi master yang diragut. Mangsa (Visalini Vejanan) yang baru pulang dari mengajar tuisyen di rumah pembantu makmalnya di seksyen 4. 

Dalam perjalanannya untuk pulang ke kampus, selepas melalui pusingan bulatan, motorsikal mangsa dirapati oleh sebuah motorsikal yang dinaiki 2 orang lelaki, penumpang motorsikal tersebut meragut beg sandang mangsa yang berada dalam raga motorsikalnya. Kebetulan seorang MPP sedang melalui jalan tersebut, MPP Ikram menghubungi saya mengenai kejadian tersebut. Menurut mangsa, peragut membuat pusingan U di hadapan persimpangan universiti. 

Namun, mangsa terjatuh beberapa meter selepas membuat pusingan U kerana mangsa tidak dapat mengawal motorsikalnya. Peragut telah berjaya melarikan diri. Mangsa terjatuh dan mengalami luka yang agak teruk di bahagian anggota kanan.  Saya bersama seorang teman telah membawa mangsa ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk mendapatkan rawatan segera.

Jam 12 tengah malam, selepas mendapat rawatan, mangsa dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membuat laporan polis. Kemudian mangsa dibawa ke Balai Polis Kajang untuk memberikan laporan terperinci untuk siasatan kes. 

Pesanan buat rakan mahasiswa/i agar tidak mengejar penjenayah kerana memungkinkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar sangat bersedih untuk mangsa. Kami berharap agar rakan mahasiswa/i lebih berhati hati. Khusus buat siswi, elakkan untuk bersendirian tidak kira berjalan atau menaiki kenderaan.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASII VARSITI