Isnin, Mac 07, 2011

UPSM Anjur MITRAD 7


Minggu ICT Dan Keterampilan Diri atau MITRAD julung kalinya diadakan buat kali yang ke-7 anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) telah dirasmikan oleh Dr Amiruddin Bin Abdul Wahab, Setiausaha Bahagian Dasar ICT, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi pada petang tadi.


Majlis perasmian diadakan di Tingkat 5 Pusanika pada jam 2.30 petang tadi dihadiri oleh saya bersama Noraini Jumahir, Izuddin Pisol, Wan Ahmad Fahmi, Mohd Ikram dan Ahmad Muzammil, tampil sebagai wakil barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM.



Penganjuran MITRAD ini jelas dapat menjana kemahiran 'softskills' di kalangan mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa. Pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh mereka antaranya Explorace, Busana ASEAN, Bengkel 'Cup Cake', Pertandingan Poster, Bengkel Adobe Photoshop, Sudoku dan Rubics. Tahniah diucapkan buat semua ahli UPSM yang komited untuk mengadakan MITRAD ini!


Sempat juga kami berbincang dengan Dr Amirudin mengenai isu keselamatan ICT yang mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dr Amirudin juga ada menjelaskan mengenai cluster ICT dengan lebih terperinci. Beliau begitu bimbang dengan ICT yang kini merupakan dunia tanpa sempadan. Apa yang paling dibimbangkan adalah blog-blog yang suka menimbulkan isu perkauman juga fitnah-fitnah.

Prof Madya Dr Khaidzir juga ada menambah pengalamannya ke Sarawak, bagaimana mentaliti masyarakat yang teruk, yang melampaui batas. Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat khususnya menyebabkan kemahuan untuk memuaskan nafsu tercapai dengan menggunakan 'air ajaib' dan sebagainya. Beliau juga menyentuh mengenai mahasiswi pengajian Islam yang telah murtad akibat makanannya dicampuri pil khayal dan akhirnya terpukau.

Mereka menasihatkan kami sebagai mahasiswa untuk bersedia menghadapi pelbagai lapisan masyarakat di luar sana.

Thanks for the conversation!