Minggu ICT dan Keterampilan Diri 7 (MITRAD 7) anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) sudah menuju ke penghujungnya. Pelbagai aktiviti telah dan sedang diadakan.
Antara program yang sudah berlalu adalah seperti 'Bengkel Persediaan Temuduga' yang diadakan hari Selasa yang lalu dan ketika ini sedang berlaku adalah 'Mock Interview' yang diadakan bermula semalam dan hari ini (Khamis) dari pukul 9 pagi hingga 4 petang ini dengan kerjasama JobsMalaysia.
Selain daripada itu juga berlangsung kini adalah 'Bengkel Cupcake' sehingga pukul 2 petang dan petang ini adalah program 'Explorace' mulai pukul 4 hingga 6 petang di sekitar UKM.
Turut mencuri tumpuan kempen 'Say No To Polystrene' yang turut mengadakan pertandingan 'Snap & Win' yang bertujuan menyedarkan masyarakat kampus berkenaan isu penggunaan polistrene ini.
Juga terdapat kaunter pendaftaran nama pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didatangkan khas sempena MITRAD 7 ini.
Secara keseluruhan, jelas diperhatikan bahawa penganjuran program-program sebegini berjaya menjana kemahiran 'softskills' di kalangan mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa. Ini juga sedikit sebanyak memberi gambaran akan keperluan mahasiswa melengkapkan diri sebelum menamatkan pengajian di UKM ini.
Tahniah diucapkan buat semua ahli sekretarita UPSM yang komited untuk mengadakan MITRAD ini!