Terus mendepani permasalahan mahasiswa, hari ini saudari Amalina selaku MPM FST 3/4 dan saudari Noraini selaku MPM Umum 1/2 telah bertemu dengan rakan-rakan mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (FST) untuk memberi penjelasan berkaitan kesulitan mendaftar U2 dan U3.
'Tour' ini turut mendapat kerjasama daripada Exco Akademik PMFST, saudari Nadhwa untuk memberi penjelasan isu terkini berkenaan U2 dan U3 di samping untuk mengumpul nama-nama mahasiswa yang ingin mendaftar bagi kursus U2 dan U3 pada semester pendek nanti.
Rata-rata respon yang diterima menunjukkan mereka tidak ada masalah untuk mengikuti mana-mana kursus U2 dan U3 yang ditawarkan kerana sedar dengan pertindihan jadual selain masalah kekurangan pensyarah yang mengajar subjek U2 dan U3 semasa semester pendek tersebut.
Namun, ada juga rakan-rakan yang memberi respon berkenaan kekurangan tempat bagi subjek 'Workplace Communication' I & II. Menurut mereka terutama daripada mahasiswa tahun 2, mereka agak terkilan kerana pihak PPU tidak mengehadkan tempat untuk mahasiswa tahun 1 dan 2 bagi subjek 'Workplace Communication' sedangkan ketika mereka masuk dahulu, mereka diberi jaminan keutamaan tempat untuk mendaftar bagi subjek 'Workplace Communication' tersebut. Malangnya ketika hendak mendaftar pada awal tahun 3 sesi lepas dan sesi ini, mahasiswa-mahasiswa tahun 1 dan 2 turut berebut-rebut untuk mendaftar menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar sedangkan mereka lebih memerlukan.
Saudari Amalina dan Noraini akan cuba mendapatkan penjelasan berkenaan isu ini berjumpa dengan pihak Pusat Pengajian Umum (PPU) , tetapi setakat tidak dapat menjanjikan apa-apa.
Sebagai tambahan, pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) akan menyediakan ruang untuk mana-mana mahasiswa yang ingin mendaftar U2 dan U3 esok Khamis 10 Mac di bilik PMFST di bawah Dewan Anuar Mahmud (DAM). Kepada sesiapa yang ingin mendaftar, sila hadir dan tulis nama di ruang yang disediakan.
Sebagai peringatan, nama-nama yang dikutip ini akan dihantar kepada pihak PPU untuk mendaftar secara manual bagi kursus U2 dan U3 dan secara rawak. Ini bermakna mana-mana mahasiswa tidak boleh memilih kursus U2 dan U3 yang dikehendaki.
Rakan-rakan juga diingatkan sama sekali tidak dibenarkan menarik diri selepas menulis untuk mendaftar diri secara manual ini kerana kesannya, nama anda akan terus kekal untuk mengambil peperiksaan akhir subjek tersebut kelak. Sebarang penarikan diri akan menyebabkan anda mendapat gred E, dan dikira gagal di dalam subjek tersebut.