Hampir jam 10 pagi hari ini saya menghantar seorang mahasiswi antarabangsa, Tahun 1 ke Pusat Kesihatan disebabkan masalah kesihatan yang mengganggunya sejak malam tadi. Mahasiswi tersebut sakit-sakit perut, mungkin disebabkan gastrik. Saya telah memberinya ubat sakit perut yang saya terima minggu lepas pada pagi tadi.
Sampai di Pusat Kesihatan (PK), setelah hampir satu jam menunggu, tiba gilirannya masuk untuk berjumpa dengan doktor. Saya juga menemaninya berjumpa doktor kerana benar-benar risau melihat keadaannya. Menurut doktor, siswi tersebut disyaki Apendik. Tambahan pula siswi tersebut telah disahkan mengalami positif Hepatits B (sebelum masuk ke UKM), namun tiada tindakan atau rawatan selanjutnya dilakukan ke atasnya. Doktor menasihati agar siswi tersebut menerima rawatan di Hospital Kajang. Ketika rawatan, terdapat pelbagai maklumat yang saya peroleh daripada perbincangan bersama doktor tersebut.
Doktor meneliti dokumen kesihatan pesakit |
Sejurus selesai di PK, atas nasihat doktor, saya ke Pusanika membeli bubur untuk makanan tengahari mahasiswi tersebut. Kemudian saya kuliah dan selepas itu saya ke Pejabat Kewangan Pelajar, bertanyakan perihal Kad GL yang seharusnya diterima oleh mahasiswi tadi. Perkara yang hendak diketengahkan dan dikeutaranakan untuk perbincangan dan penjelasan kepada semua rakan-rakan adalah;
Terdapat Guarantee Letter (GL) yang tersedia buat mahasiswa/i antarabangsa. Di mana, jika mahasiswa/i sakit sehingga perlu dimasukkan ke Wad, pembayaran untuk rawatan akan ditanggung sebahagian* oleh Pihak Insurans tersebut. Setiap mahasiswa/i antarabangsa seharusnya memiliki Guarantee Letter (GL) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan universiti.
Namun perbincangan bersama unit kewangan pelajar menyatakan bahawa mahasiswa/i itu sendiri perlu menelefon Pihak insuran tersebut untuk mendapatkan kad GL. Universiti hanya akan memberikan kad pihak insurans tersebut kepada para mahasiswa/i antarabangsa untuk hubungi. Saya mengharapkan agar rakan-rakan cakna mengenai hal ini.
*tidak kesemua cas rawatan akan ditanggung oleh Pihak Insuran dan Pusat Kesihatan.
Di kesempatan ini, saya mohon rakan-rakan memberi respon mengenai perkhidmatan di Pusat Kesihatan. Setakat ini, perkhidmatan yang diberikan adalah baik. Namun terdapat juga suara-suara yang mengadu berkaitan beberapa faktor dibawah:-
- Tindakan pihak Pusat Kesihatan terhadap mahasiswa/i yang telah disahkan mengalami sakit yang bahaya, seperti Hipatitis B.
- Sistem angka giliran, 3 pertukaran nombor giliran.
- Tiada pertimbangan terhadap jenis penyakit yang dihidapi.
- Bahasa penghantaran atau dialek yang digunakan oleh doktor.
- Layanan oleh staf-staf Pusat Kesihatan.
- Masa operasi Pusat Kesihatan.
Mohon respon dan pandangan rakan-rakan supaya sistem yang ada dapat diperbaiki. Terima Kasih.