Ahad, Mac 27, 2011

Senyum Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia


Oleh : Nur Ili Tarmizi, Mantan MPP FSKB 3/4 2009-2010


Alhamdulillah, puji, puja dan syukur kepada Ilahi kerana Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) telah berjalan dengan jayanya pada 19-20 Mac 2011yang lepas:) Terlangsai juga impian dan perungkaian manifesto semasa baru terpilih menjadi MPP setahun yang lepas, dirasakan baru sahaja semalam impian itu disemai:) Maaf kerana laporan yang lambat dipublish dalam ruangan ini kerana kekangan tesis dan perlu bergelut dengan persiapan poster scientific research bagi26th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference pada 24-25 Mac 2011 sejurus selepas pulang dari konvensyen. 

Pertama-tama sekali, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada organisasi KOMSIS (MT,Exco,AJK) kerana telah bertungkus-lumus dan mengorbankan masa, ketika dan 'harta' bagi menjayakan program ini. Ketika saya merencanakan konvensyen ini di minda, dirasakan mustahil untuk konvensyen ini dijalankan kerana belum pernah program seumpama ini dijalankan untuk mahasiswa/i fakulti sains kesihatan seluruh Malaysia. Namun,apabila duduk berbincang bersama adik-adik yang turut sama mencatur KOMSIS ini, sehinggalah ia dijalankan dan berakhir, kemustahilan dan kesakitan itu dirasakan sangat-sangat manis :)

Disertai oleh hampir 220 orang mahasiswa/i dari 7 buah universiti UKM, UIA, USM, UiTM, UniSZA, UPM, UniKL, objektif yang dirangka bagi konvensyen ini dilihat tercapai terutamanya bagi menyatukan mahasiswa fakulti sains kesihatan hampir seluruh Malaysia. Berikut merupakan sekilas suasana di KOMSIS 2011:











Pendaftaran di hari pertama:)

Ceramah Isu Kesihatan Semasa oleh Dr. Hida:)


















Forum : Ke Mana Hala Tuju Kita? dikendalikan oleh sahabat-sahabat MPP dan HEALS (Health Sciences Student Society) UIA; ahli panel yang merupakan Dekan Allied Health Science Faculty UIA, wakil Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil dari Sunway Medical Center;penyampaian cenderamata oleh Dr Azlina,UIA:)













Interaksi Mahasiswa di bawah kelolaan sahabat-sahabat USM:)





























Riadah:Aktiviti mewarnakan kain rentang 100 meter dengan template 'Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia' nyata merupakan aktiviti kegemaran peserta KOMSIS















Forum Interaksi Mahasiswa:Uniknya Mahasiswa Sains Kesihatan, perkongsian ilmu dan pengalaman menarik dari wakil mahasiswa dari UKM,USM,UIA,UniKL,UniSZA,UiTM,UPM:) Penyampaian cenderamata oleh MPP Ezuan dan MPP Harith :)



Slot Motivasi: Nilai Sebuah Budi oleh En. Amin Idris, motivator yang semakin mencipta nama di Malaysia..penyampaian beliau nyata menggamit hati kami:) En Amin dan MPP Abdullah semasa sesi penyampaian cenderamata:)




Forum:Sains Kesihatan dan Perubatan.Adakah Kita Seiring? Tajuk yang kontroversi dengan perbincangan yang hangat dan memberi pencerahan kepada mahasiswa/i:)



Majlis penutup oleh Pn. Tan Yoke Hwa, Pengarah Bahagian Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia:) gimik dengan replika picagari dan jantung,pembacaan resolusi oleh Presiden HEALS UIA dan penyampaian resolusi dari pengarah KOMSIS, saudara Faisal kepada Pn. Tan Yoke Hwa:)

















Antara bahan yang dipamerkan oleh fakulti sains kesihatan universiti-universiti di bahagian Pameran


Semua berbangga menayangkan hasil kreatif masing-masing, kain rentang terpanjang dalam sejarah mahasiswa/i Fakulti sains Kesihatan?


Delegasi UIA

Delegasi USM dan Timbalan Pengarah PPP USM


Delegasi UPM

Delegasi UiTM

Delegasi UniSZa

Delegasi UKM dan Organisasi:):)
Mohon maaf atas segala kekurangan dan salah-silap sepanjang program ini berlangsung, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan program kesatuan pertama untuk mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan di Malaysia. Alhamdulillah, jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat ORGANISASI KOMSIS yang telah melakukan yang pengorbanan besar dalam memastikan program ini berjalan lancar. Kalian merupakan pencetus kepada kesatuan mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan:) Penghargaan juga kepada Dr. Asmah yang menjadi penasihat yang sangat supportive kepada usaha kami..Penghargaan kepada delegasi UIA dan USM yang bertungkus-lumus bersama-sama kami, terutamanya kepada mantan MPP Hakim (UIA) dan Hamizah (USM), tanpa perbincangan dengan kalian, agak mustahil untuk konvensyen ini dijalankan:) Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat ISIUKM yang juga turut kebetulan berada berhampiran dan menghulurkan pertolongan ketika kami memerlukan. Penghargaan dan terima kasih jua buat semua peserta KOMSIS; UIA,USM,Unisza (special thanks to Rai:)),UniKL,UPM,UiTM) dan jemputan-jemputan yang hadir,terima kasih jua buat sokongan sahabat-sahabat,tanpa keterlibatan dan doa kalian,apa lah ertinya program ini dijalankan.

Perlaksanaan untuk merealisasikan resolusi mewujudkan Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu peringkat nasional masih dalam perbincangan.Semoga di masa akan datang, program susulan dapat diadakan bagi memastikan kelangsungan kesatuan mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan seluruh Malaysia (tidak terkecuali Sabah dan Sarawak:)

Bersatu Menerajui Profession Sains Kesihatan