Selasa, Mac 01, 2011

MPM Muslimah : Hari Untuk Wanita

Laporan Oleh : MPM Muslimah Marsi, Umum 3/4


TARIKH : 1 Mac 2011
MASA : 9 pagi
TEMPAT : Pusanika, UKM
ANJURAN : JAKSA Siswi, Kolej Ibrahim Yacob

Allah telah menciptakan segala sesuatu di dunia ini secara seimbang. Ada hitam ada putih. Ada tinggi ada rendah. Ada besar ada kecil. Begitu juga Dia menciptakan dua jenis manusia iaitu wanita dan lelaki. Pasti ada sesuatu hikmah di sebalik penciptaan ini. Tuhan memang menciptakan wanita lebih lemah secara fizikal daripada lelaki. Apabila lelaki diberikan otot yang kuat untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan berat maka perempuan dikurniakan Tuhan dengan titisan air mata dan hati yang sensitif. Namun nampaknya wanita kadangkala tidak puas dengan pemberian Tuhan tersebut. Mereka lupa akan peranannya yang sebenar. Mereka lupa bagaimana awal cerita penciptaan kaum hawa oleh Tuhan. Bagaimana fitrah mereka. Mereka juga lupa bahawa mereka begitu indah.

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerananya, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Kerana itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Riwayat Bukhari)

Tulang rusuk merupakan sebuah kiasan yang digunakan oleh Rasul SAW untuk menggambarkan penciptaan wanita. Walau ada sebahagian yang mengertikan bahawa wanita pertama iaitu Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam namun tidak sedikit pula yang menentangnya dan beranggapan bahwa “tulang rusuk” adalah sebuah kiasan yang menggambarkan betapa “rapuhnya” seorang wanita. Namun kerapuhan seorang wanita itu menjadi kekuatan baginya. Sebagaimana fungsi tulang rusuk dalam tubuh manusia adalah melindungi organ pada bahagian dada maka salah satu fungsi seorang wanita dalam kehidupan ini adalah untuk melindungi. Ia melindungi anak-anak, suami, dan keluarganya.

Sebelum majlis bermula

Namun, sungguh malang kerana dunia hari ini dilanda musibah di mana kita melihat kebanyakan para wanita melaungkan persamaan hak di samping kaum lelaki.Wanita zaman kini berlumba-lumba untuk membuktikan bahawa mereka dapat menjadi sama hebat atau lebih hebat dari kaum lelaki dalam dunia pekerjaan dan pelbagai aspek lain dalam kehidupan. Mereka menganggap bahwa nilai yang ada pada dunia pekerjaan lebih baik daripada nilai yang terdapat di dalam rumah atau bersama keluarga. Tidak diragukan lagi masyarakat barat telah mengaburkan ukuran dan nilai-nilai kewanitaan. Kaum wanita ingin diposisikan sejajar dengan para lelaki dalam segala hal.

Masyarakat barat telah mengibarkan bendera pembebasan wanita lalu menebarkan racun emansipasi di tengah umat Islam. Emansipasi bermaksud pemberian hak yg sama dlm hukum (wanita mendapat hak yg sama dgn lelaki). Siapa yang tidak pernah mendengar nama Aminah Wadud atau yang lebih mahsyur di Mesir seperti Huda Sya’rawi dan Qasim Amin. Persamaan yang mereka serukan hanyalah untuk pemuasan nafsu semata-mata. Mereka tidak lagi menjadikan agama sebagai rujukan masalah. Masyarakat wanita Islam saat ini telah berada di jurang kenyataan yang menyakitkan tersebut. Penyeru-penyeru pembebasan wanita tentu gembira melihat fenonena umum di tengah masyarakat muslim kini. Wanita bekerja di luar rumah dengan pakaian yang tidak menutup aurat dan hancurnya akhlak serta nilai-nilai Islam. Dan memang itulah tujuan emansipasi dan persamaan yang mereka canangkan.

Gimik Perasmian

Untuk itu, kaum wanita harus sedar kerana sememangnya tidak diragukan bahawa mereka memiliki kedudukan khusus dalam masyarakat Islam. Kedudukan itu amat mulia dan tidak mengurangi hak-hak juga nilai-nilai kemanusiaan.Wanita muslimah di tengah-tengah masyarakatnya ditempatkan dalam posisi yang amat mulia. Wanita dalam masyarakat Islam memiliki peranan yang sangat penting tetapi sesuai dengan bingkai yang telah digariskan oleh Islam. Dalam kata lain, peranan itu tidak bertentangan dgn kudratnya sebagai wanita yang cukup berbeza dari segi biologi dan nilai-nilai kejiwaannya berbanding lelaki. Memuliakan wanita secara hakiki adalah dengan mengembangkan potensinya sesuai dengan kemampuan dan kudrat kewanitaannya. Juga di antara kesempurnaan dakwah dan tarbiyyah adalah wanita dididik menjadi wanita yang sebenarnya dan mengambil peranan yang sepatutnya. Tidak dinafikan wanita juga mahu berjihad seperti kaum lelaki. Namun, erti jihad yang sebenarnya bagi seorang wanita adalah seperti pesan baginda SAW:
Kaum wanita pada zaman Nabi pernah menuntut agar diberi kesempatan melakukan jihad sebagaimana mereka juga menuntut agar diberi pahala jihad yang sama dengan kaum lelaki. Salah seorang daripada sahabat wanita mewakili kaum wanita pada waktu itu mengadu kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah aku adalah wakil segenap kaum muslimah kepadamu. Jihad telah diwajibkan oleh Allah atas kaum lelaki. Jika mereka menang mereka mendapatkan balasan pahala dan jika mereka terbunuh maka mereka tetap hidup di sisi Allah dan diberi rezeki. Lalu apa bahagian kami dari semua itu?” Nabi menjawab “Sampaikanlah kepada segenap kaum muslimah yang engkau temui bahawa ketaatan kepada suami dan memenuhi hak-haknya adalah sama dengan itu . Tetapi sedikit sekali dari kalian yang melakukannya.”

Kita hendaklah sedari hakikat golongan wanita mampu menjadi penyumbang yang besar kepada kemajuan negara, maka pelbagai usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan wanita perlu dilakukan bagi memastikan penyertaan dan hak-hak wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen pembangunan masyarakat moden.

Semua ini yang telah digariskan oleh Islam dalam Al-Qur’an dan sunnah akan mengantarkan seorang wanita muslimah mendapatkan kepribadiannya yang asli. Keperibadian yang selari dengan fitrahnya. Sehingga melahirkan wanita muslimah yang unggul, mulia dan istimewa dalam perasaan, pemikiran, prilaku dan hubungannya. Mencapai tingkat tersebut sangatlah penting bagi kehidupan umat manusia secara umum karena wanita memiliki pengaruh yang sangat besar bagi kehidupan generasi mendatang, mencetak para pejuang, menanamkan nilai-nilai, menghiasi kehidupan dengan cinta, kasih sayang dan keindahan serta memenuhi rumah tangga dengan rasa aman, tenang, tentram dan damai.

Wanita muslimah adalah satu-satunya wanita yang sanggup menerangi dunia wanita modern yang telah jenuh dengan filsafat materialisme dan pola hidup jahiliyah yang mendominasi kehidupan masa kini. Hal itu dengan mengenalkan dirinya, menghadapkan dirinya pada sumber permikiran yang murni untuk kemudian menata kembali kepribadiannya yang asli yaitu kepribadian yang telah dibentuk oleh Al-Qur’an dan As Sunnah.

Ayuh rakan mahasiswi, mari kita berusaha bersungguh-sungguh untuk ke arah itu.