Sabtu, Mac 12, 2011

Liga Piala Dekan FPI meriah

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) telah menganjurkan Liga Piala Dekan bermula pada 7 Mac sehingga 11 Mac yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di padang berhadapan Kolej Tun Hussein Onn. Liga Piala Dekan FPI pada kali ini disertai oleh 5 buah jabatan Fakulti Pengajian Islam iaitu Jabatan Al-Quran Al-Sunnah (JANNAH), Jabatan Usuluddin dan Falsafah (KUFAH),Jabatan Syariah (HUJJAH),Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA), dan Jabatan Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH).


Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah bola tampar ,takraw, bola jaring dan juga badminton.Walau bagaimanapun,program pada tahun ini agak muram tanpa sukan bola sepak dan futsal.

MPM 1/2 FPI Saudara Muhammad Ikram berkesempatan untuk turun padang bersama-sama mahasiswa FPI menyaksikan program tahunan tersebut dijalankan.

Beliau juga sempat bertemu dengan beberapa orang mahasiswa dan mendapatkan pandangan mereka tentang Liga Piala Dekan FPI pada tahun ini. Seperti dijangka rungutan dan kekecewaan meraka menjurus kepada sebab permainan bola sepak dan futsal tidak dapat dijalankan.

Saudara Ikram juga sempat bertemu dan berbual dengan pengarah Liga Piala Dekan iaitu saudara Ridhwan Bin Ramli. Bertanyakan sebab-sebab pertandingan bola sepak dan futsal yang tidak dapat dijalankan, jawapan yang diberikan adalah kerana terdapat percanggahan masa penggunaan gelanggang futsal dan juga padang bola sepak.Walau bagaimanapun, demi menebus kekecewaan seluruh mahasiswa FPI, pihak penganjur akan meneruskan pertandingan khusus Futsal Liga Piala Dekan dengan kerjasama Jabatan Usuluddin dan Falsafah (KUFFAH) pada 19 Mac ini.

Walaupun terdapat kelompangan, MPM 1/2 FPI saudara Muhammad Ikram sangat kagum dan berbangga dengan mahasiswa dan mahasiswi FPI yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu PMFPI dan sekalung tahniah kepada pemenang-pemenang setiap pertandingan yang dipertandingkan.