Jumaat, Mac 04, 2011

MPMUKM bersama masyarakat Libya

Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM) sempat bersama-sama mahasiswa Libya UKM dalam menyuarakan kegelisahan di atas tindakan genosid Muammar Ghadaffi serta rejimnya di Masjid UKM sebentar tadi.

Menurut kenyataan bertulis yang diedarkan berkata, " Kami mengutuk sekeras-kerasnya apa yang telah dilakukan oleh Ghaddafi ke atas rakyat kami, yang telah menyebabkan kemarahan di organisasi Hak Asasi Manusia di Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua organisasi hak asasi manusia di seluruh dunia.


" Kami menyeru semua organisasi antarabangsa dan semua institusi rasmi untuk menyokong rakyat Libya membantah jenayah perang dan genosid yang telah dilakukan oleh Ghadaffi dan askar-askar upahannya."

Dalam pada itu, saudara Musyrif yang merupakan MPM bagi kerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS) ketika dihubungi berkata, " Keberadaan kita (MPM bersama mahasiswa Libya) hari ini bukan atas tujuan politik. Kita amat jelas dengan prinsip kita yang menolak kezaliman dan kebatilan; dalam (masa sama) kita sangat-sangat menghormati hak asasi manusia seluruhnya. Maka hari ini kita menyeru semua rakan mahasiswa untuk bersama-sama rakan kita dari Libya hari ini, (untuk) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kolonel Ghadaffi dan askar-askar upahannya membunuh rakyat Libya yang dikatakan kini mencapai hampir satu ribu (orang).


" Kita (MPM) juga mengajak rakan-rakan mahasiswa agar bersama-sama rakan dan saudara Libya kita terutama di UKM hari ini, berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Libya (di sana) yang kini bukan sahaja berlawan dengan manusia yang melampaui batas dan sistem yang korup tetapi (Ghadaffi) jelas melanggari (hak-hak asasi manusia di dalam) 'UDHR' (Universal Declaration of Human Rights). "

Mengikut laporan media antarabangsa, askar-askar Libya yang masih setia iaitu askar elit Libya hanya mempunyai askar sekitar 5,000 orang. Krisis di Libya berdasarkan ramalan penganalisis politik dunia dijangka berakhir dengan pengunduran Muammar Ghadaffi.