Cheras, 25 Mac- Seorang mahasiswa Phd jurusan Geografi , FSSK iaitu Mochamad Rosul telah kembali ke pangkuan Ilahi akibat penyakit stroke pada pagi semalam, 24 Mac 2011 jam 9.15 pagi di Hospital UKM. Allahyarham yang berusia 39 tahun bernombor pendaftaran P42233 telah meninggalkan warisnya iaitu Wiwik Puji Mul Tani yang merupakan isterinya. Kematiannya mendapat perhatian Unit Kebajikan Pelajar untuk memberi sedikit sumbangan kepada waris Allahyarham setelah diberitakan oleh Saudara Presiden PMUKM, Ahmad Muzzammil Muhd Hairi. Sumbangan tersebut diberikan melalui Presiden Persatuan Pelajar Indonesia (PPI), Saudara Arif Murti Rozamuri.
Barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mochamad Rosul atas pemergiannya.
"Kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah, moga ditempatkan bersama orang-orang soleh." kata Saudara Ahmad Muzzammil. Tambahnya lagi, "Terima kasih buat Encik Zameri Bin Ramli, Ketua Unit Kebajikan Pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam meluluskan sumbangan dengan cepat kepada keluarga arwah.
Kita mengharapkan waris Allahyarham untuk terus kuat dan tabah meneruskan hidup. Bagi kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara ini, segerakanlah bertaubat, tinggalkan laranganNya, berbuatlah kebaikan kerana mati itu sentiasa menghampiri kita.
Kepada mahasiswa/i UKM yang ingin memberikan sedikit sumbangan, boleh terus menghubungi Presiden PPI, Saudara Arif Murti Rozamuri di nombor : 017 6917844