Sabtu, Mac 05, 2011

Bertamu ke rumah Puan Ainon PTS

Mencuri kesenggangan masa cuti hujung minggu, ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM) sempat melakukan ziarah ke rumah penulis terkenal, Puan Ainon Mohd yang juga empunya syarikat penerbitan terkenal, PTS Publications & Distributors.

Perjalanan jauh ke kediaman beliau di Janda Baik, Pahang nyata tidak dirasai dengan masing-masing kami membayangkan hasil pulangan yang bakal kami perolehi kelak. Ketibaan kami kira-kira pukul 8.30 malam disambut mesra oleh Puan Ainon dan suami dengan hidangan makan malam yang sungguh menyelerakan.

Seusai makan, kami sempat mendengar sedikit pengisian daripada Puan Ainon berkenaan kaedah komunikasi yang berkesan. Hadirin seramai 18 orang MPM rata-rata berpuas hati dan berterima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat berharga daripada Puan Ainon itu.





Sedikit kenang-kenangan dari MPMUKM


Sempat bergambar bersama Puan Ainon

Sebelum balik, kami dijamu sekali lagi dengan kuih-muih sebagai santapan malam sebelum berangkat pulang. 




Aktiviti ziarah ini selain mendapatkan tips-tips 'soft skills' juga bertujuan mengenali lebih dekat kehidupan pemilik syarikat PTS ini. Untuk makluman, Puan Ainon telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof Abdullah juga merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang Bahasa Melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan Bahasa Melayu di serata dunia.


Juga berkesempatan bergambar bersama-sama Prof Abdullah Hassan