Assalamualaikum warga Fakulti Pengajian Islam.
Makluman mengenai PERKHIDMATAN FOTOSTAT dan WATER COOLER yang akan disediakan di FPI. Saudara Muhammad Ikram bin Darus (MPM THN 1/2) telah mengadakan satu perbincangan dengan Prof. Madya Dr. Amir Husin (Timbalan Dekan FPI ) mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mendapat respon yang baik daripada pihak kedekanan.
Pada masa sekarang, pihak kedekanan akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pengurusan universiti bertujuan untak mendapatkan kelulusan kebenaran tempat khusus utk fotostat dan water cooler di FPI.
Maklumat tambahan, MPM telah mendapatkan pembekal dan penyelenggaraan bagi perkhidmatan fotostat dan water cooler, dan sekarang hanya menunggu untuk di laksanakan.
Pihak kami memohon agar sahabt-sahabat sekalian bersabar dan doakan agar segala gerak kerja berjalan lancar dan dipermudahkanNYA.
syukran